Mahkamah Buruh Jerman telah menolak pembatalan kontrak yang dibuat oleh FSV Mainz ke atas Anwar El Ghazi.
Sebelum ini FSV Mainz telah menamatkan kontrak pemain tersebut kerana dia telah berkongsi video yang menyatakan sokongannya kepada Plstn (tak boleh eja penuh sebab artikel ni akan disemak geng google dan Facebook yang menyemak macam CIA – pastu dia akan ban la website ni).
El Ghazi mengecam negara haram (korang tahu kan) yang menyerang rakyat di situ.
Mainz menuduh El Ghazi sebagai penyokong keganasan kerana pada pandangan kelab itu, negara bintang biru itu adalah negara yang menjadi mangsa serangan. Kata mereka lerr.
Kemudian El Ghazi meminta maaf di atas perkongsian video yang dia buat kerana menunjukkan imej peperangan. Namun dia masih kekal dengan pendirian bahawa dai menyokong Plstn.
Akhirnya pemain itu ditamatkan kontrak. El Ghazi kemudian membawa kes tersebut ke mahkamah buruh di Jerman. Dan dia menang kes ke atas kelabnya.
Dia didaftarkan kembali ke dalam kelabnya. Namun selepas dia menang kes tersebut, El Ghazi tetap menyatakan dia masih menyokong Plstn.
Dia tidak akan mengubah pendiriannya hanya keran dia diterima kembali dalam kelab itu. Kerana menurutnya, dia memang berhak berada di dalam kelab berdasarkan kontrak yang ada.
Dia tidak pernah menyesal dengan pendiriannya ke atas perkara tersebut.
Kini Mainz diarahkan membayar gaji selama 9 bulan – sepanjang tempoh dia ditamatkan kontrak sebelum ini. Di mana keseluruhannya bernilai €1.7 juta.
El Ghazi adalah pemain bola sepak yang aktif menyalurkan sumbangan kepada Plstn, termasuk terlibat dalam perlawanan amal.