El Nino Kembali Ke Anfield

Bekas penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres akan kembali merumput di Anfield dengan set persalinan Liverpool.

Torres terlibat dalam perlawanan amal di antara legenda Liverpool vs legenda Barcelona.

Torres sudah memuat naik poster di media sosial beliau tanda mengesahkan kehadiran beliau.

Selain daripada Torres, beberapa legenda lain juga akan terlibat termasuk Luis Garcia, Vladimir Smicer, Patrik Berger, Jerzy Dudek, Jose Enrique dan Jason McAteer.

Fabio Aurelio juga dijangka akan hadir pada hari itu nanti dan bermain buat pertama kali dalam acara seperti ini. Harap beliau tak ada halangan la.

Yayasan Liverpool FC akan memberikan sumbangan kepada Yayasan Barcelona. Dana itu akan digunakan dalam kerja-kerja amal untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya dan golongan belia yang lain.

Liverpool juga akan menyumbang dana kepada badan kebajikan peringkat akar umbi di Merseyside bagi membantu kanak-kanak dan mereka yang hilang upaya kerana didera dan sebagainya.

Baca yang lain