El Periodico Kesal Troll Pique Skandal Dengan Ibu Gavi Diambil Serius Dan Tersebar Liar

Khabar angin bertiup kencang bahawa wanita yang didakwa menjadi skandal kepada pertahanan  asal Sepanyol Gerard Pique adalah ibu kepada rakan sepasukan Barcelona, ​​Pablo Gavi.

Shakira dan Pique dilaporkan tidak duduk bersama buat masa ini. Ianya selepas Pique kantoi berskandal dengan wanita lain dan bermain kayu tiga.

Selain itu Pique juga kerap keluar berparti bersama anak anak muda harapan bangsa Barca seperti Riqui Puig.

Pique tinggal berseorangan di apartment mewahnya di Barcelona selepas isterinya keluar dari rumah tersebut.

Laporan sebuah laman peminat di Twitter mendakwa Pique telah bercinta dengan ibu Gavi.

Di ruangan media sosial, asal ada gambar Gavi, netizen mulai troll pemain itu dengan Pique. Menggelarnya anak tiri Pique yang berbakat besar.

Ada juga yang menyatakan bahawa Gavi selepas ini pasti tiada lagi masalah mengikat tali kasutnya kerana ada papa baru mengajarnya.

Gavi merupakan pemain yang masih tidak reti mengikat tali kasutnya sampai ke sekarang ini.

Gavi cemerlang membantu Sepanyol mengikat Portugal sebelum ini.

Ada juga yang menyebarkan gambar gadis ini sebagai Ibu Gavi. Dan ianya juga palsu.

Inilah rupa sebenar ibu Gavi:

Namun terdapat u turn dalam laporan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita itu iaitu El Periodico mengesahkan bahawa berita Pique skandal dengan ibu Gavi adalah palsu.

Mereka memuat naik cerita itu hanya sebagai troll mengusik Pique yang baru sahaja ditinggalkan isterinya berseorang kerana kantoi curang.

Laporan yang diterbitkan oleh El Periodico dengan tegas menyatakan bahawa mereka mahu semua khabar angin itu dihentikan. Sambil menyatakan mereka kesal kerana niat bergurau mereka telah disalah konteks dan dijadikan berita yang serius.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Daily Star, “El Periodico menyatakan bahawa wanita berkenaan sebenarnya berusia 20-an dan berambut perang. El Periodico menolak sama sekali bahawa wanita itu adalah ibu Gavi yang berambut coklat”

Laporan itu mendakwa bahawa Wanita yang boleh meletakkan  rumah tangganPique dan Shakira di ambang perpisahan adalah wanita muda berambut perang dalam lingkungan 20-an.

Pada asalnya, media Sepanyol mendakwa Pique dan Shakira tinggal berasingan selama beberapa minggu kerana selepas dia dihalau oleh Shakira daripada rumah keluarga mereka di Colombia.

El Periodico juga menyatakan bahawa Pique kini tinggal berseorangan ketika ini.

Pique dan Shakira mula mulai bercinta selepas pertemuan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Ketika itu kedua dua mereka terlibat dalam rakaman untuk promosi Piala Dunia.

Mereka sudah bersama sekian lama dan memiliki anak walaupun mereka tidak pernah berkahwin.

Shakira berpindah ke Barcelona untuk membina keluarga dengan bek tengah Sepanyol itu. Mereka kini mempunyai dua anak bernama Milan dan Sasha.

Banyak laporan dalam tabloid Sepanyol mendakwa bahawa Shakira menangkap sendiri Pique menipunya. Menurut laporan di Marca, Shakira dan Pique tidak pernah dilihat menjemput anak-anak bersama-sama dari sekolah sejak sekian lama.

Beberapa laporan mendakwa Shakira membawa anak-anak ke Ibiza untuk percutian keluarga pada Mei, tetapi pertahanan Barcelona itu tidak ada bersama dengan mereka. Kebiasaannya Pique dan Shakira akan meluangkan masa bersama sama dengan anak mereka selepas tamat musim.

Di atas padang, pemain pertahanan berusia 35 tahun itu tidak dapat beraksi dalam perlawanan terakhir Barcelona musim La Liga menentang Villareal kerana kecederaan. Secara keseluruhannya, musim ini musim yang sukar buat Barca.

Selain daripada impak ekonomi Barca turut gagal memenangi trofi. Mereka juga kehilangan Lionel Messi kerana FFP.

Berita lebih menggemparkan apabila Barcelona dilaporkan berhutang tunggakan gaji EUR50 juta dengan Gerard Pique.