Dalam satu kejadian mengejutkan, seorang polis Gujarat didakwa diseret di atas bonet kenderaan sejauh 25 km oleh seorang pemandu.
Ini setelah dia meminta pemandu tersebut menunjukkan lesen memandunya. Kejadian itu berlaku di daerah Surat di India pada Sabtu pagi.
Sementara itu, FIR (aduan pertama) telah didaftarkan di balai polis Navsari terhadap pemandu van pickup dan tujuh penumpang, atas tuduhan menculik dan membahayakan nyawa manusia.
Pada hari Sabtu lalu, kedua-dua konstabel – Ganesh Chaudhary dan Kishan Govind – yang bertugas di kawasan Stesen Kereta Api Navsari, memberi isyarat kepada pemandu van untuk berhenti berhampiran Ashok Hotel.
Mereka memintanya untuk mengemukakan dokumen kenderaan dan lesen, menurut laporan di Indian Express.
Oleh kerana pemandu tidak dapat menunjukkan dokumen, dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Konstabel Ganesh Chaudhary memegang salah seorang penumpang kenderaan dan berada di atas bonet kereta itu.
Menurut polis, pemandu terus memandu kenderaan di Lebuhraya Nasional-48 walaupun polis berpegangan pada bonet tersebut di hadapannya.
Setelah sampai di perkampungan Baleshwar di Palsana taluka, pemandu itu membrek menyebabkan konstabel itu jatuh. Pemandu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.
Anggota polis itu dimasukkan ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian itu.
Surat cop dragged on car bonnet for 25 km, 7 booked https://t.co/2ybPX5IGMM
— Latest News Tripura (@sachwlang09) November 16, 2020
Polis kemudian mengemukakan aduan terhadap pemandu dan tujuh penumpang di balai polis Navsari. Tertuduh dituduh di bawah Seksyen 365 (penculikan), 332 (secara sengaja menyebabkan kecederaan dengan), 353 (jenayah bahaya untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya), 337 (membahayakan nyawa manusia), 114 ( bersubahat dengan jenayah) Kanun Keseksaan India (IPC).
“Keadaan konstabel itu stabil dan dia sudah discaj dari hospital. Berdasarkan pendaftaran kenderaan, kami berusaha untuk mengenal pasti orang yang terlibat dalam kejadian itu,” kata laporan itu memetik sub-inspektor Polis Navsari, Tarunkumar Patel.
Ini bukan kejadian seumpanya di India. Ianya seakan akan sudah menjadi salah satu jenayah yang seringkali dilakukan di sana.
Pada 6 November lalu, polis diseret di atas bonet juga dalam kejadian di mana pemandu mahu mengelak daripada didenda kerana tidak memakai pelitup muka.
A cop was dragged on the bonnet of a car for almost one kilometre on a busy road in Chinchwad area near Pune after he tried to stop the vehicle as its driver and another occupant were not wearing masks amid the pandemic, a police official said on Friday.https://t.co/BgVq9SM0Cf
— The Siasat Daily (@TheSiasatDaily) November 6, 2020
Pada Mei lalu, seorang polis juga mengalami nasib serupa kerana dia cuba menangkap pesalah lockdown.
Jalandhar of Punjab refused to stop when Punjab Cop asked to stop the vehicle during checking amidst lockdown. ASI Mulkh Raj was dragged on bonnet of the vehicle. Punjab Police has booked the driver Anmol and his father Parminder for attempt to murder. pic.twitter.com/419b8DTuwl
— Vijaylodhi (@Vijaylo42259882) May 2, 2020
Dan dalam satu lagi kejadian berasingan, CCTV merakamkan detik polis diseret atas bonet. Seorang pegawai polis iaitu Sonam Joshi turut kecewa dengan orang awam yang tidak membantu menghadang kereta tersebut.
Polis itu tercampak daripada depan kenderaan itu, dalam keadaan detik yang mengerikan.
Apart from this driver , it’s so shameless and Inhumane behaviour of other’s who are driving their vehicle in front and side of the alleged vehicle on which the cop was dragged ! They could have helped by blocking the car but nobody cares when it is about police ! https://t.co/dnfFGAT6YA
— Sonam Joshi (@oyeitsjoshi) October 15, 2020
Tak taulah macam mana, masa aku tulis artikel ni memang banyak siot kes macam ni kat sana. Kesian abang polis yang bertugas.
Ni kejadian di Delhi, di mana polis trafik juga diseret atas bonet sejauh 2 km.