Anthony Elanga memiliki alasan level baru untuk tidak menerima perpindahan ke kelab lain yang dia rasa tak bagus secara taktikal.
Elanga merupakan salah seorang daripada pemain yang mahu dijual oleh Manchester United selain Scott McTominay dan Fred.
Pemain itu menerima tawaran dari Everton. Dan kedua dua kelab sudah berunding.
Di mana kelab Merseyside itu sedia membeli Elanga secara tetap dengan nilai £15 juta.
Namun Elanga tidak mahu menerima perpindahan itu kerana dia menganggap taktikal Sean Dyche tidak cukup bagus.
🚨JUST IN: Anthony Elanga has REJECTED a move to Everton. [@MailSport] pic.twitter.com/qYuMOrOy6j
— UtdXclusive (@UtdXclusive) July 21, 2023
Elanga mahukan sistem permainan yang cantik, menyerang dan moden bukannya bermain dengan sistem yang berasaskan pertahanan dan serang balas.
Elanga menolak perpindahan ke Everton sama sekali kerana perkara itu. Dia meminta Man United lebih berhati hati dalam mempertimbangkan tawaran dari kelab lain ke atasnya.
Ianya perlu mengambil kira pandangan beliau dari sudut taktikal dan teknikal.
Namun ada juga peminat berpendapat Elanga sebenarnya sangat sesuai dengan sistem counter attack Sean Dyche. Dan menasihati pemain itu tidak terlalu memilih. Dia masih dalam fasa pembangunan.
I think he would have been very good for Sean Dyche's counterattack system, perfect. I don't think He is the right player to play in possession based system.
— Man United fans' zone (@mufzone07) July 21, 2023
Elanga merupakan pemain yang dianggap prospek keluaran akademi Man United. Dia menyerlah di bawah kendalian Ralf Rangnick sebelum ini. Namun gagal meyakinkan Erik Ten Hag selepas pengurus itu mengambil alih.
Elanga meminta jaminan minit permainan di bawah Ten Hag dan pengurus itu tidak dapat memberikan janji itu.
Membuatkan kedua dua pihak setuju bahawa jalan terbaik adalah menjual pemain itu.