Elkan Baggot: Pemain Indonesia Ini Cipta Sejarah Bantu Kelabnya Singkirkan Pasukan EPL Dari Piala Carabao

Pemain kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott, telah membantu pasukannya Gillingham menyingkirkan pasukan EPL daripada Piala Carabao.

Elkan Baggot bukannya nama asing dalam bola sepak Asia Tenggara. Dia merupakan pemain penting untuk Shin Tae Yong dan Indonesia.

Pemain tinggi lampai itu merupakan pemain yang sudah lama bermain di eropah sejak dari awal kariernya.

Pemain pertahanan itu bermain sepenuh waktu permainandalam perlawanan menentang Brentford dalam Piala Carabao.

Ianya bukan perlawanan yang mudah untuk Baggott, di mana dia perlu berdepan dengan penyerang sensasi Ivan Toney.

Toney berjaya meletakkan tuan rumah di hadapan dengan pantas pada minit keenam.

Namun selepas berhempas pulas, Gillingham berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi Mikael Mandron.

Kedudukan 1-1 berlangsung sehingga 90 minit. Dan perlawanan terus ke penentuan sepakan penalti dan berakhir 6-5 untuk Gillingham dan layak ke pusingan seterusnya dalam Piala Carabao!

Elkan Baggott pastinya mencipta sejarah, menjadi pemain pasukan kebangsaan Indonesia pertama beraksi dalam Piala Carabao dan pemain Indonesia pertama berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris!

Apa yang menarik, Brentford melakukan 16 percubaan sepanjang perlawanan dengan 7 percubaan tepat. Hanya 1 gol terhasil.

Gillingham pula cuma ada 1 percubaan dan 1 percubaan tepat terus menjadi gol dan mengikat pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut. Mengheret mereka ke penentuan penalti yang jelas sekali memang perkara yang mahu dilakukan Gillingham.

Sebelum ini dia menjadi pemain kebangsaan Indonesia pertama yang bermain dalam Piala FA Inggeris.

Brentford adalah pasukan Liga Perdana Inggeris yang musim ini mempunyai penampilan yang mengejutkan apabila berjaya membelasah Manchester United 4-0 pada awal musim ini.

Sementara itu, Gillingham, yang merupakan pasukan yang diwakili Baggott, adalah pasukan dalam Liga 2 ataupun dalam kasta keempat piramid Liga Inggeris.

Mereka berada di Liga 2 selepas tersingkir daripada Liga Kejuaraan musim lalu.

Lihatlah detik Baggot dan rakan rakannya meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan seterusnya.

Peminat peminat Gillingham benar benar teruja dengan kemenangan luar biasa dicatatkan pasukan mereka.

Malah dalam laman Twitter Gillingham, mereka berterusan meraikan kejayaan tersebut.

Baca yang lain