Elon Musk Ancam Saman Mark Zuckerberg Kerana Threads

Pemilik Twitter Elon Musk mengancam untuk mengheret syarikat induk Facebook, Meta, ke mahkamah berhubung aplikasi media sosial saingan baharunya, Threads.

Pada malam Meta melancarkan aplikasi berasaskan teks baharunya, Alex Spiro, peguam peribadi Musk yang turut membantu dia ketika pengambilalihan Twitter, menghantar surat rasmi kepada Mark Zuckerberg mengenai “kebimbangan serius” Twitter tentang kesahihan Threads.

Surat itu mendakwa Meta menggunakan “rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain dari Twitter” untuk membina Threads,

Spiro dalam surat itu untuk menuduh Meta telah mengupah “berpuluh-puluh bekas pekerja Twitter,” beberapa orang daripadanya “menyimpan dokumen Twitter dan peranti elektronik secara tidak wajar.”

Dia juga mencadangkan bahawa Meta telah “mengikis” data pengguna dan pengikut Twitter. Lantas Spiro mengingatkan Meta bahawa aktiviti sedemikian “dilarang sama sekali.”

Twitter pada hujung minggu lalu tiba-tiba mengenakan had kadar bacaan untuk semua pengguna. Langkah yang Musk anggap wajar untuk mengekang penggunaan bot dalam Twitter.

Hanya mereka yang ada ‘tick’ sahaja dibenarkan membaca tanpa had.

Beberapa hari kemudian Mark Zuckerberg terus mengajak semua orang pergi ke Threads yang tanpa had.

Hanya beberapa jam selepas dilancarkan, Threads mendapat berjuta juta muat turun daripada pengguna.

Membuatkan Twitter mulai rasa terancam kerana bentuknya adalah miriph kepada Threads yang seringkali digunkana pengguna Twitter.

Jurucakap Meta iaitu ketua komunikasi Any Stone, menulis, “Untuk menjadi lebih jelas, tiada seorang pun dalam pasukan kejuruteraan Threads adalah bekas pekerja Twitter — itu bukan sesuatu yang betul.”

Stone menambah dalam ulasan Threads susulan, mengenai cadangan Twitter bahawa Meta sedang “mengikis” data: “Menarik, memandangkan Threads dikuasakan oleh INSTAGRAM [yang ada data sendir].”

Wakil Twitter tidak segera menjawab permintaan untuk komen sebelum penerbitan. Musk, membalas ciapan akaun Twitter yang menyiarkan berita itu, di mana dia menulis “Persaingan baik, tetapi menipu tidak.”