Elon Musk Dedahkan Dia Berpuasa Untuk Jadi Lebih Sihat Selepas Teruk Di-troll

Elon Musk mendedahkan pada hujung minggu lalu bahawa dia telah mengamalkan puasa secara berselang untuk beberapa minggu selepas jutawan itu menghadapi beberapa troll body shaming di atas talian.

Ini kerana gambarnya tanpa baju di atas kapal layar di pusat peranginan Mykonos telah tular.

Elon Musk yang sudah berusia 50 tahun memberitahu para pengikutnya bahawa dia sejak itu telah turunkan berat badannya sebanyak lebih 9kg.

Musk berkata:”Lebih 20 paun [9kg] turun daripada berat puncak saya (tidak sihat).”

Musk memberitahu bagawa berpuasa sekali-sekala telah menyumbang kepada kejayaan dietnya baru-baru ini.

“Atas nasihat kawan baik, saya berpuasa secara berkala & berasa lebih sihat,” kata Musk dalam tweet-nya.

Elon Musk menambah: “Aplikasi Zero ni sangat bagus.”

Musk merujuk penggunaan aplikasi kecergasan “Zero” dan menyifatkannya sebagai “agak bagus.” Aplikasi itu membantu pengguna untuk berpuasa secara berselang [intermittent fasting] untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan metabolik.

Musk mencetuskan kekecohan di media sosial pada Julai selepas akhbar Page Six secara eksklusif memperoleh gambar bos Tesla yang kelihatan gemuk, ketika dia berehat di atas kapal layar mewah bersama bos William Morris Endeavour Ari Emanuel dan pengantin barunya Sarah Staudinger.

Individu terkaya di dunia menyindir dirinya di Twitter apabila gambar-gambar itu mula muncul dalam meme.

“Haha sial, mungkin saya perlu menanggalkan baju saya lebih kerap … untuk membebaskan buah dada !! (sudah kembali ke kilang btw),” tweet Musk pada masa itu.

Musk mengulas lanjut satu lagi hantara di media sosial pada bulan Julai lalu, sebagai tindak balas kepada kiriman oleh akaun @WholeMarsBlog, yang mengkritik orang ramai kerana mengejek fizikal jutawan itu. Di mana laman tersebut meminta mereka yang mengejek Musk menyertakan gambar mereka sekali sebagai perbandingan.

Whole Mars Blog menulis: “Menurut garis panduan CDC baharu, sesiapa yang memuat post tanpa baju Elon Musk untuk mengejeknya, mereka juga mesti menyiarkan gambar tanpa baju mereka sebagai perbandingan,” kata akaun itu.

Elon Musk dengan santai membalas: “Tbh [secara jujurnya], ia adalah motivasi yang baik untuk bersenam, makan lebih sihat & mungkin menanggalkan baju saya lebih daripada sekali setahun haha,” kata Musk bergurau.

Musk juga mendapat kritikan daripada bapanya, jurutera Afrika Selatan, Errol Musk, yang berkata anaknya “makan dengan teruk” dan mencadangkan dia perlu mengambil pil diet untuk menangani berat badannya.

Sebagai tindak balas, Elon Musk mengakui bahawa dia mahu mula bersenam lebih kerap.

“Saya perlu bersenam dan berada dalam keadaan yang lebih baik,” kata Musk.

“Saya sebenarnya tidak begitu suka bersenam, tetapi saya perlu melakukannya.”

Akhirnya dia menemui senjata ampuh untuk mengurangkan berat badannya selain daripada bersenam iaitu dengan puasa berselang.

Puasa berselang merujuk kepada “pelan makan yang bertukar tukar antara berpuasa dan makan mengikut jadual biasa,” –  menurut catatan blog oleh Johns Hopkins Medicine.

“Penyelidikan menunjukkan bahawa puasa berselang adalah cara untuk menguruskan berat badan anda dan mencegah – atau malah membalikkan – beberapa bentuk penyakit,” kata penulisan itu lagi.

Musk perlu mengimbangi pelan kecergasannya dalam jadual harian yang sibuk yang termasuk menjalankan beberapa syarikat, termasuk Tesla dan SpaceX.

Baca yang lain