Tesla mengesahkan pada Sabtu bahawa mereka akan memfailkan saman ke atas pemerintah California kerana melarang mereka mengeluarkan kereta pada musim wabak ini.
Syarikat tersebut dalam samannya, yang diajukan di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California, menyatakan bahawa Alameda County telah melanggar proses wajar dan klausa perlindungan yang sama dari Pindaan Keempat Belas.
Tesla meminta injunksi yang akan membolehkan syarikat itu beroperasi. Loji pembuatan Fremont mereka terletak di daerah itu.
Tuntutan saman itu difailkan selepas ketua eksekutif Tesla, Elon Musk dalam beberapa tweet pada Sabtu lalu telah mengancam bahawa syarikat itu akan menuntut dan memindahkan markas Tesla serta program masa depan ke Texas dan Nevada.
Frankly, this is the final straw. Tesla will now move its HQ and future programs to Texas/Nevada immediately. If we even retain Fremont manufacturing activity at all, it will be dependen on how Tesla is treated in the future. Tesla is the last carmaker left in CA.
— Elon Musk (@elonmusk) May 9, 2020
Menurut Elon Musk, kawalan pergerakan yang ketat di Alameda County telah bertentangan dengan dasar kebebasan yang termaktub di dalam perlembagaan AS.
Tesla dalam kenyataan mereka menyatakan mereka mahu menyaman Alameda County dengan serta merta sambil menuduh Pegawai Kesihatan Interim Almeida County sebagai bukannya dipilih rakyat dan tidak mendengar suara rakyat.
Tesla membangkitkan isu itu pada Sabtu dan menyatakan mereka akan terus beroperasi di perkarangan fasiliti mereka dengan mengamalkan penjarakan sosial di antara pekerja – merangkumi markas mereka yang berkeluasan 6 juta kaki persegi.
Tesla turut menegaskan mereka akan melakukan pemeriksaan suhu di tapak pembinaan mereka.
Elon Musk berterusan mempertikaikan keseriusan pandemik cov19 yang melanda dunia dan AS ketika ini. Beliau menggelar mereka yang takut dengan virus itu sebagai bodoh dan mudah panik.
Tesla is filing a lawsuit against Alameda County immediately. The unelected & ignorant “Interim Health Officer” of Alameda is acting contrary to the Governor, the President, our Constitutional freedoms & just plain common sense!
— Elon Musk (@elonmusk) May 9, 2020
Musk dalam Tweet beliau sebelum ini beberapa kali menyokong puak anti lockdown dan menganggap ia adalah satu fasisme di era moden.
“Mereka kata, tak boleh keluar rumah, dan jika keluar rumah, kamu akan ditangkap, ini adalah fasis.”
“Ini bukan demokrasi – ini bukan kebebasan.”
Hari sebelumnya Musk memuat naik Tweet ringkas: “FREE AMERICA NOW.”