Elon Musk & Grimes Raikan Cahaya Mata Diberikan Nama ‘X Æ A-12 Musk’

Jutawan yang juga usahawan berjaya, Elon Musk dan penyanyi Kanada Grimes telah meraikan kelahiran cahaya mata mereka pada hari ini.

Perkara itu diumukan oleh Elon Musk sendiri, yang menimang cahaya mata lelaki beliau itu. Gambar Musk bersama anaknya itu menjadi sensasi di Internet pada hari ini.

Musk dan Grimes menjadi pasangan kekasih sejak dua tahun yang lalu. Pada Januari lalu, Grimes mengumumkan bahawa beliau dan Elon Musk bakal menimang cahaya mata.

Sejak dari hari itu, Grimes dan Musk kerap memuat naik kemaskini terbaru tentang perkara itu. Malah Grimes turut menyatakan kerisauan beliau sepanjang mengandungkan anaknya itu.

Ini kerana Grimes takut beliau tidak cukup bagus dalam menjaga kandungannya. Beliau tidak mahu menjadi ibu yang teruk ketika mengandung.

Pengasas bersama Tesla, Elon Musk pernah berjanji kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa anak mereka yang baru lahir akan diberikan nama yang bukan biasa seperti nama lain.

Namun beliau tidak mendedahkan nama yang dipilih mereka pada sebelum ini.

Elon Musk berkongsi berita itu di Twitter, menyiarkan gambar dia memegang anak kecil mereka dan mengatakan: “Ibu & bayi semuanya baik.”

Musk dan Grimes menghadiri Met Gala pada tahun 2018 bersama, penampilan karpet merah pertama mereka sebagai pasangan kekasih.

Dan pada hari ini pasangan tersebut meraikan cahaya mata mereka bersama-sama.

Ketika ditanya siapakah nama baby mereka itu.

Elon Musk membalas pertanyaan itu dengan menulis: “X Æ A-12.”

Namun belum ada pengesahan lagi sama ada Elon Musk benar-benar memberikan anaknya nama tersebut. Aku nak sebut pun tak reti ni.

Ye la, Elon Musk sejak akhir akhir ini kerap memuat naik tweet pelik. Nanti kita tunggu dia umumkan nama rasmi.

Beberapa bulan lalu Grimes memberitahu media bahawa dia dan teman lelakinya memberikan kebebasan untuk anak mereka memilih gender mereka. Lain macam kan.

Elon Musk sudah memiliki 5 orang anak dengan isteri pertamanya dahulu iaitu Justine Wilson – juga orang Kanada. Justine merupakan penulis buku. Memang sukakan orang seni saja Elon Musk ni.

Elon Musk merupakan antara usahawan yang sangat berjaya di dunia. Beliau juga sangat berpengaruh walaupun sejak akhir akhir ini kerapkali membuatkan orang marah dengan tweet anti-L0CKD0WN.

Tahniah kepada Elon Musk. Dan selamat berjaya kepada bakal guru kelas X Æ A-12 Musk nanti, dalam usaha menyebut dan menulis nama anak Elon Musk ni dalam buku kehadiran.

Baca yang lain