Elon Musk Kini Manusia Keempat Terkaya Di Dunia Selepas Menambah Kekayaan $7.8 billion Dalam Satu Malam

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk kini menjadi orang keempat terkaya di dunia. Ianya setelah saham Tesla Inc. melonjak 11 peratus pada penutupan dagangan pada Isnin.

Saham Tesla Inc memecahkan rekod tertinggi awal minggu ini. Kenaikan itu menjadikan kekayaan Musk naik sebanyak $7.8 billion hanya dalam masa satu malam, pada Isnin.

Agak menarik kerana beberapa minggu lalu, Elon Musk menyatakan beliau tidak mahu memiliki rumah sendiri dan menjual kesemua rumahnya.

Peningkatan aset kewangan Musk baru baru ini telah membuatkan beliau mengatasi kekayaaan oleh hartawan Perancis Bernard Arnault, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pergerakan saham Tesla Isnin adalah kemenangan terbaru bagi Musk, yang dua tahun lalu disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS.

Musk bahkan terpaksa mengundurkan diri sebagai ketua pembuat kereta elektrik pada ketika itu.

Saham Tesla terus meningkat sehingga semalam sebanyak 3 peratus. Jika dikira sepanjang tahun, saham ini melambung tinggi hingga 353 peratus.

Sementara itu, Musk’s Space Exploration Technologies Corp atau Space X dikatakan meningkatkan kekayaan Musk sebanyak $3 billion. Syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan $1.9 billion dari SEC.

Tahun ini, kekayaan Musk melonjak lebih $57 billion. Angka itu adalah kenaikan kedua terbesar selepas pengasas Amazon.com Inc. Jeff Bezos.

Kekayaan Bezos telah meningkat sebanyak $73 billion sepanjang tahun 2020. Pada masa ini, jumlah kekayaannya adalah $188 billion.

Bukan hanya Musk dan Bezos yang kekayaannya meningkat tahun ini. Baru-baru ini, pengasas Facebook Mark Zuckerberg menyertai kumpulan kelab centi-billionaire. Kelab ini terdiri daripada orang-orang dengan nilai bersih lebih dari $100 billion.

Nilai kekayaan Zuckerberg melonjak setelah harga saham Facebook meningkat lebih daripada 6 peratus pada awal Ogos 2020. Saham syarikat meningkat dengan ketara apabila Facebook melancarkan ciri baru yang akan menyaingi TikTok.

Elon Reeve Musk lahir di Afrika Selatan, 28 Jun 1971 merupakan salah seorang personaliti perniagaan yang paling berpengaruh di dunia.

Beliau adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX.

Setelah belajar perdagangan di Queen’s School of Business selama dua tahun, Musk memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari Wharton School of University of Pennsylvania dan ijazah sarjana muda dalam bidang fizik.

Musk kemudian mengasaskan SpaceX, Tesla Motors, dan bersama-sama mengasaskan PayPal.

Musk mempunyai tiga kewarganegaraan iaitu Afrika Selatan, Kanada dan Amerika Syarikat.

Musk adalah pengasas beberapa syarikat teknologi popular, termasuk SpaceX, yang memberi tumpuan kepada teknologi angkasa, selain daripada Tesla Inc OpenAI, SolarCity, Neuralink, dan beberapa syarikat lain.

Musk menyatakan bahawa dengan syarikat-syarikat ini beliau mengubah dunia dan kehidupan manusia, termasuk mengurangkan pemanasan global melalui peningkatan pengeluaran dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau juga berharap dapat mengurangkan “risiko kemusnahan alam” dengan meningkatkan teknologi untuk kehidupan di planet lain, terutama di Marikh.

Baca yang lain