Emi Martinez Akui Dia Buat Benda Bodoh Dan Memalukan

Emi Martinez akhirnya mengakui bahawa dia telah melakukan perkara bodoh dan memalukan ketika menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022.

Di mana dia melakukan aksi yang dianggap tidak senonoh dan kelucahan.

Martinez membuat aksi itu di disaksikan seluruh stadium dan jutaan peminat lagi yang menyaksikan di televisyen.

Emiliano Martinez mendedahkan kepada GOAL tentang sebab dia bertindak begitu.

Walaupun dia mengakui itu hanya gurauan, Martinez memberitahu GOAL bahawa dia tidak betul-betul bangga dengan tindakannya.

“Ia hanya perkara bodoh untuk saya,” jelas Martinez.

“Ia sesuatu yang saya tidak bangga sebenarnya.. untuk berlaku adil kerana saya sebenarnya pernah melakukannya dalam Copa America. Kawan saya berkata ‘Saya yakin anda tidak akan melakukan perkara yang sama seperti Copa America dalam Piala Dunia’. Saya berkata ‘ya, saya akan melakukannya’.”

“Jadi saya telah melakukan sambutan yang sama seperti yang saya lakukan dalam Copa America. Melihat semua perkara selepas itu dan semua kritikan, saya tidak sepatutnya melakukannya. Jadi itulah satu-satunya perkara yang saya tidak bangga pada Piala Dunia.”

Beberapa bulan lalu, Martinez turut mendedahkan bahawa Messi ada menegurnya agar tidak terlalu berlebihan.

Pengurus Aston Villa, Unai Emery juga menegurnya dan berkata Martinez seharusnya berkelakuan lebih baik.

Selain daripada keraian gaya lucahnya di atas panggung pada masa itu, Martinez turut dikritik kerana kelakuannya memberikan tekanan kepada lawan ketika penalti.

FIFA malah sedang berbincang untuk mengenakan tindakan ke atas penjaga gol yang memprovokasi dan mengganggu lawan mereka ketika penalti.

Martinez menyatakan dia tidak kisah dengan peraturan baharu itu. Kerana menurutnya: “Saya sudah menyelamatkan penalti yang saya perlu selamatkan.”

Martinez sememangnya menjadi nadi penting kejuaraan dunia Argentina 2022. Dia menyelamatkan percubaan saat akhir masa kecederaan pemain Perancis. Dan melakukan penyelamatan dalam penentuan penalti.

Selepas dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan, beberapa bulan kemudian Martinez telah dianugerahkan Penjaga Gol Lelaki Terbaik di Anugerah Terbaik FIFA 2022. Penjaga gol no.1 Villa itu meneruskan ucapan penuh emosi yang didedikasikan untuk rakan sepasukan, keluarga dan negara.

Baca yang lain