Emi Martinez mengakui Cristian Romero seorang pemain pertahanan yang agak klasik dan lasak. Di mana dia suka melakukan bentesan keras ke atas lawannya. Namun cara permainannya kadangkala agak berisiko terutama sekali berdepan dengan penyerang yang berkelas dunia seperti Mbappe.
Di mana mereka boleh membuatkan Romero dalam masalah. Emi Martinez berkongsi kisah dia merentap baju Romero dan memberikan amaran kepada pemain itu agar tidak berterusan melakukan bentesan keras ke atas lawan kerana dia tidak mahu pasukannya bermain 10 pemain.
Kemudian Emi Martinez sangat kenal dengan Romero dan memiliki naluri yang kuat ke atas rakannya itu jika dia dalam bahaya bakal melakukan tindakan yang berisiko membuatkan dia dibuang padang.
Martinez berkongsi: “Saya tahu kelemahan Cuti [Cristian Romero]. Saya ingat lagi dalam aksi final Piala Dunia 2022 menentang Perancis. Dia selamba melakukan terjahan dengan kedua dua kaki ke atas Mbappe. Kemudian dia turut merangkul bola dengan tangannya [walaupun tiada wisel], dan semua perkara seperti itu [yang berisiko] dia lakukan.”
“Saya geram dengan dia. Dan pada rehat separuh masa saya rentap bajunya daripada belakang dan beritahu dia: ‘Mereka akan cuba menyingkirkan kamu keluar [dibuang padang]. Tahulah kau nasib kau nanti. Cubalah, kalau kau dibuang padang, akau akan jumpa kau lepas tamat perlawanan, dan aku akan bertumbuk dengan kau.”
“Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menghentikan Cuti. Saya terpaksa berkata begitu. Saya nasihati dia: “Tolonglah jangan buat bentesan keras. Cuti memang bermain seperti ini. Tetapi ketika dia sedang berada dalam had yang dia akan mendapat kad merah. Saya sentiasa ada naluri bahawa dia bakal dibuang padang, jadi saya percaya dengan naluri itu dan cuba menghentikannya. Namun itu luar biasa.”
“Hubungan kami sangat baik. Saya sangat kenal dengan Cuti dan Ota [Otamendi], mereka juga memberikan saya nyawa di atas padang. Saya tahu mereka berdua tak akan membenarkan orang melepasi mereka.”
🗣️ Dibu Martínez con @PolloVignolo en ‘Campeones: un año después’:
"Sé la debilidad del Cuti. Recuerdo que en la final contra Francia fue con los dos pies contra Mbappé. Agarró la pelota, todo. Y en el entretiempo lo agarré de la camiseta y le dije: ‘Te llegan a echar y te cago… pic.twitter.com/ZXrTcI18G2
— dataref (@dataref_ar) December 11, 2023
Argentina menjadi Juara Dunia 2022 dengan Emi Martinez menjadi Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022. Dia juga memenangi Anugerah Yashin dalam malam gala Ballon d’Or yang lalu.