Walaupun tidak dibuang padang kerana kad kuning kedua ketika penentuan penalti menentang Lille, Emi Martinez tetap akan digantung pada aksi separuh akhir UECL.
Sebelum ini dalam aksi suku akhir UECL menentang Lille, Martinez menerima kad kuning pertamanya minit k-38.
Dia kemudian diberikan kad kuning kedua pada penentuan penalti. Di mana dia menjadi wira pasukannya untuk menyelamatkan penalti yang memberikan kemenangan.
Namun ketika dia dilayangkan kad kuning kedua peminat dan pemain Villa sendiri tergamam memikirkan bahawa pemain itu akan dibuang pada kerana kad kuning kedua itu.
Pengadil menjelaskan bahawa kad kuning pada waktu permainan sebenar atau masa ekstra akan di-reset untuk penentuan penalti. Jadi kad kuning tersebut tidak membawa kepada kad merah.
Namun begitu, kad kuning itu tetap dikira sebagai kad kuning terkumpul. Emi Martinez yang sudah mengutip satu kad kuning sebelum aksi menentang Lille. Dan dia menerima 2 lagi kad kuning pada aksi suku akhir itu.
Ini bermakna dia sudah mengutip 3 kad kuning. Jadi Martinez akan digantung perlawanan untuk aksi separuh akhir pertama menentang Olympiacos Piraues.
Ianya satu tamparan hebat buat Unai Emery yang kehilangan pemain yang sangat berpengalaman di pentas besar. Martinez memiliki rekod luar biasa dalam aksi penting sama ada untuk Argentina atau Aston Villa.
Penjaga gol no.1 Argentina itu juga memiliki reputasi yang sangat baik dalam penentuan penalti pada pusingan kalah mati.
Dalam aksi menentang Lille dia telah menjadi subjek ejekan peminat Lille kerana rakyat Perancis sudha mengisytiharkan perang ke atasnya sebagai pemain Argentina paling dibenci di negara itu.
Hal ini kerana tingkah laku Emi Martinez ketika final Piala Dunia dan keraian Piala Dunia dianggap melampau.