Emi Martinez Kecam Mbappe Pandang Rendah Bola Sepak Latin: “Esok Kita Tengok”

Emiliano Martinez telah membidas Kylian Mbappe menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang dinanti-nantikan antara Argentina dan Perancis.

Pada hari Ahad, dua lagi pasukan yang tinggal akan bertarung di Stadium Lusail untuk merebut kejuaraan Piala Dunia 2022.

Perancis tampil selaku pasukan yang mempertahankan kejuaraan. Kedua dua pasukan masing masing mencari kejuaraan ketiga di dalam sejarah mereka.

Awal tahun ini, bintang Paris Saint Germain dari Perancis, Mbappe mendakwa bahawa bola sepak Amerika Selatan tidak semaju permainan di Eropah.

Penyerang itu berkata: “Kelebihan yang kami ada di Eropah ialah kami bermain sesama sendiri dengan perlawanan peringkat tertinggi sepanjang masa, seperti Liga Negara Negara Eropah.”

“Apabila kami tiba di Piala Dunia, kami sudah bersedia, manakala Brazil dan Argentina tidak mempunyai tahap ini di Amerika Selatan. Bola sepak di sana tidak semaju di Eropah. Itulah sebabnya pada Piala Dunia yang lalu, selalunya pasukan dari Eropah yang menang.”

Menjelang perlawanan pada hari Ahad, penjaga gol Argentina, Martinez telah menyelar Mbappe kerana komennya beberapa bulan lalu.

Penjaga gol Aston Villa itu berkata: “Dia tidak cukup tahu tentang bola sepak.”

“Dia tidak pernah bermain di Amerika Selatan. Apabila anda tidak mempunyai pengalaman ini, mungkin lebih baik jangan bercakap mengenainya. Tetapi tidak mengapa, kita tengok la esok [aksi final].”

“Kami adalah pasukan yang hebat, dan memang sudah diiktiraf sebegitu.”

Rakan sepasukan Martinez, Lionel Messi, yang turut berkongsi bilik persalinan PSG dengan Mbappe — turut bersetuju dengan penjaga golnya.

Messi menjelaskan bahawa di Amerika Selatan, kelayakan Piala Dunia mereka lebih sukar berbanding dengan eropah.

Banyak pasukan berkualiti dan cabaran ketika kelayakan Piala Dunia sangat tinggi.

Terdapat negara yang berada di paras ketinggian sangat luar biasa. Begitu juga dengan faktor cuaca. Di mana mereka bermain dalam cuaca lebih panas berbanding di Eropah.

Ini yang menjadikan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan benar benar mencabar.

Messi sebelum ini memberitahu TyC Sports: “Banyak kali kami bercakap mengenainya di Sepanyol.”

“Apabila kami kembali dari perlawanan kelayakan, kami memberitahu mereka, ‘Anda tidak tahu betapa sukarnya untuk anda layak ke Piala Dunia jika anda perlu pergi ke sana, pada paras ketinggian, dalam cuaca panas, di Venezuela’.”

Sebenarnya, proses kelayakan di Amerika Selatan sama sekali berbeza dengan Eropah. 10 negara dalam CONMEBOL bertarung untuk hanya empat tempat automatik dan satu tempat playoff.

Manakala 55 negara Eropah berpecah kepada 10 kumpulan untuk merebut 13 tempat Piala Dunia.

Misi Martinez bersama Messi

Emi Martinez menjadi nadi negaranya untuk kempen Piala Dunia 2022. Walaupun media terarah kepada prestasi Messi yang cemerlang, namun sebenarnya prestasi Emi Martinez juga wajar diberikan pujian.

Sebelum ini Emi Martinez berjaya membantu negaranya menamatkan penantian kejuaraan Copa America.

Kini dia sudah bersedia untuk membantu negaranya menamatkan penantian kemarau kejuaraan Piala Dunia.

Kali terakhir Argentina menang Piala Dunia adalah pada 1986.

Argentina memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan kekalahan mengejutkan di tangan Arab Saudi.

Namun Messi dan rakan rakannya membina motivasi dan berjaya bangki dan mara sehingga ke final.

Ini bukan kali pertama untuk Messi merasai pengalaman beraksi di pentas akhir Piala Dunia.

Dia pernah merasainya pada 2014. Di mana ketika itu Argentina dikalahkan Jerman.

Roy Keane berharap Messi akan menjulang Piala Dunia 2022 selepas menunjukkan aksi yang memukau dan sedap dipandang.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.