Emi Martinez Sasarkan Kejuaraan UCL Selepas Ini

Pasukan kebangsaan Argentina berjaya meraih gelaran Piala Dunia 2022 setelah mengatasi juara bertahan Perancis pada final yang berlangsung di Stadium Lusail.

Kedua dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2 pada sepenuh masa. Dan memaksa aksi dilanjutkan 30 minit lagi.

Selepas 120 minit aksi kedua dua pasukan terikat 3-3. Dan penentuan penalti digunakan untuk menentukan siapa juara.

Emi Martinez yang memiliki reputasi sangat baik dalam menyelamatkan penalti terutama sekali penentuan penalti telah menjadi wira Argentina.

Dia sebelum itu melakukan penyelamatan luar biasa untuk mengelak Argentina kalah pada masa kecederaan pada masa ekstra.

Kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 membuatkan beberapa nama pemain dalam skuad Argentina menjadi tumpuan banyak kelab.

Dan mereka mulai memasang angan angan untuk memenangi lebih banyak trofi.

Antaranya Emi Martinez, yang mensasarkan kejuaraan Liga Juara Juara Erpah selepas ini.

Dia yang bermain untuk Aston Villa sebelum ini dikaitkan dengan usaha mencari kelab baharu. Perkara itu disampaikan sendiri oleh ejennya walaupun tidak secara terang terangan menyatakan pemain itu mahu berpindah.

Pastinya bukan sesuatu yang realisitik pada masa ini untuk Emi Martinez mensasarkan kejuaraan UCL bersama Aston Villa. Kecuali mereka benar benar melakukan keajaiban pada baki musim ini dan mara ke UCL musim depan lalu menjadi juara.

Selepas tamat Piala Dunia, ejennya pada masa itu menyatakan bahawa Emi Martinez adalah penjaga gol yang menjadi perhatian banyak kelab. Antaranya adalah kelab dari Serie A.

“Ya, pada masa ini terdapat beberapa kelab yang boleh merekrut penjaga gol seperti Emiliano Martinez.”

“Bermain di Serie A? Mengapa tidak? Jelas sekali, Emiliano mempunyai sasaran tinggi dan mahu memenangi Liga Juara-Juara,” kata ejen itu seperti dilaporkan Goal.

Ejennya sudah memberitahu kelab bahawa, Emi Martinez terbuka untuk meninggalkan Aston Villa jika ada tawaran daripada kelab besar dengan keutamaan adalah kelab yang bermain di UCL.

Bayern Munich ketika itu antara kelab yang dikaitkan dengan Martinez selepas kecederaan Manuel Neuer.

Dia di antara 3 nama yang diletakkan sebagai sasaran oleh Bayern selain Yann Sommer dan Yassine Bounou.

Namun ada beberapa orang dalam pengurusan tertinggi Bayern lebih sukakan Yann Sommer yang dianggap lebih sesuai dengan Bayern. Ini kerana mereka tidak selesa dengan kelakuan Emi Martinez yang suka bermain perang saraf di atas padang.

Beberapa tahun lalu, Emiliano Martinez memutuskan untuk meninggalkan Arsenal dan menyertai Aston Villa pada musim panas 2020, setakat ini dia telah muncul dalam 91 perlawanan dengan koleksi 30 clean sheet.

Dia menjadi penjaga gol no.1 Argentina dan dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022, yang membolehkannya membawa Anugerah Sarung Tangan Emas Piala Dunia 2022.

Baca yang lain