Emi Martinez Sekali Lagi Wira Penalti Argentina, Panenka Messi Tak Masuk

Argentina mara ke fasa separuh akhir Copa America 2024. Argentina berhasil meraih tiket final setelah mengalahkan Ecuador melalui babak penentuan penalti dengan skor 4-2 setelah terikat 1-1 pada masa sebenar.

Kemenangan Argentina diwarnai aksi heroic kiper Argentina, Emiliano Martinez – sekali lagi. Berbeza dengan Martinez, Messi sebenarnya bernasib malang kerana percubaan sepakan panenkanya gagal menjadi gol. Perlawanan adalah sengit dari awal. Kedua-dua pasukan bertukar serangan berbahaya.

Serangan Argentina diketuai oleh Lionel Messi. Penyerang Inter Miami itu sebelum ini diragui untuk beraksi kerana kecederaan.

Argentina masih mampu mempamerkan kehebatannya sebagai juara bertahan Copa America. Abiceleste berjaya mendahului hasil jaringan Lisandro Martinez pada minit ke-35.

Gol itu terhasil daripada sepakan sudut Lionel Messi di bahagian kiri pertahanan Ecuador. Alexis Mac Allister kemudian menanduk bola dari Messi ke tiang jauh. Martinez yang kebetulan berdiri bebas, segera menanduk masuk bola tersebut.

Argentina hampir ditimpa masalah pada minit ke-60. Rodrigo De Paul menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti Argentina.

Pengadil dari Uruguay, Andres Matonte, menunjukkan titik penalti buat Ecuador. Penyerang Ecuador, Enner Valencia melangkah ke hadapan sebagai pengambil sepakan penalti.

Nasib baik untuk Argentina, apabila rembatan Valencia yang disasarkan ke sudut kiri bawah terkena tiang gol. Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni kemudian membawa masuk Julian Alvarez menggantikan Lautaro Martinez pada minit ke-65 untuk mematikan perlawanan.

Seminit kemudian, Messi hampir menjaringkan gol jika rembatannya tidak terlalu lemah. Selepas itu, Argentina terus menyerang Ecuador dengan beberapa ancaman.

Namun Argentina masih gagal mencetak gol. Akhirnya pada Pada minit 90+5, Argentina bolos. Kevin Rodriguez berjaya menanduk bola, setelah menerima hantaran John Yeboah.

Gol ini membuatkan perlawanan terikat 1-1. Copa America tidak ada peraturan masa tambahan 30 minit. Jadi perlawanan terus ke penentuan penalti. Messi mengambil sepakan pertama. Dia cuba melakukan gol dengan panenka. Namun terkena palang.

Macam biasa, Argentina bertuah kerana memiliki Emi Martinez yang dianggap pakar dalam penentuan penalti. Penjaga gol Aston Villa menepis bola dari rembatan Angel Mena. Argentina kemudian mendahului hasil sepakan penalti Julian Alvarez. Martinez turut mempamerkan kehebatannya dia dapat menghalang rembatan Minda yang diarahkan ke sebelah kanan.

Argentina kemudian mendahului 2-0 selepas Allister berjaya sebagai pengambil sepakan penalti. Ecuador mengurangkan defisit hasil sepakan penalti Yeboah. Bagaimanapun, Argentina meningkatkan kelebihan kepada 3-1 hasil jaringan Montiel. Penyepak keempat Ecuador, Caicendo, mengurangkan perbezaan selepas menjaringkan gol. Otamendi kemudian menjadi penyepak terakhir Argentina. Bekas pemain pertahanan Manchester City itu berjaya menjalankan tugasnya sehingga Argentina menang menerusi sepakan penalti dengan jaringan 4-2.

Dengan keputusan ini, Argentina layak ke separuh akhir. Meneruskan lagi misi mereka mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi pada edisi sebelum.