Emi Martinez: “Semua Orang Nak Tengok Argentina Kalah”

Menjelang aksi final Piala Dunia antara Argentina dengan Perancis, penjaga gol Abiceleste, Emi Martinez menganggap semua orang di dunia ini dengki dengan kejayaan Argentina dan mahu mereka kalah.

Martinez berikrar akan berjuang habis habisan untuk memastikan bahawa semua haters Argentina akan meratapi kejayaan mereka.

Argentina memulakan kempen dengan kekalahan mengejut 1-2 di tangan Arab Saudi. Dan kini mereka hanya dipisahkan dengan 1 perlawanan lagi daripada gelaran Juara Dunia.

Martinez berkata: “Saya tak percaya, saya memang tak percaya kawan.”

“Kami kalah perlawanan pertama dan tiba tiba segalanya berubah. Orang ramai meragui kemampuan kami. Kami baru sahaja menamatkan rekod tanpa kalah dalam 36 perlawanan.”

“Menentang Mexico, separuh masa pertama agak berserabut.”

Seterusnya Emi Martinez berpendapat, selain penyokong Argentina, semua penyokong pasukan lain di dunia ini mahukan Argentina kalah.

“Semua orang nak kami kalah. Jadi kami sekarang menentang 1 dunia,” tambah beliau.

“Saya gembira kerana kumpulan 26 pemain ini kesemuanya adalah fighter dan kami masih ada 45 juta rakyat Argentina di belakang kami.”

“Ianya luar biasa, kami merasakan suasana di jalanan juga penuh dengan peminat Argentina.”

“Setiap kali turun beraksi di sini, kami terasa berada di rumah sendiri. Ada 40,000 hingga  50,000 penyokong Argentina di setiap stadium kami bermain.”

Peminat Argentina agak ramai di Qatar, kerana daya tarikan yang ada pada Lionel Messi.

Emi Martinez yang menjadi nadi pasukannya ketika kejuaraan Copa America, sekali lagi memainkan peranan pentingnya dalam kempen kali ini.

Martinez cemerlang di hadapan gawangnya dan berjaya membantu Argentina melangkah ke perlawanan final.

Final ini adalah final terakhir Messi dalam Piala Dunia bersama Argentina.

Emi Martinez pernah berkata bahawa dia dan pemain pemain lain sentiasa sedia berjuang jiwa raga demi Messi.

Martinez menafikan bahawa Messi sedang bergelut dengan masalah kecederaan groin. Menurutnya pemain itu benar benar cergas beraksi.

Martinez turut memuji prestasi Messi yang membara dalam Piala Dunia kali ini.

“Dia cergas secara fizikal dan mahu beraksi sepenuh masa dalam setiap perlawanan.”

“Dia sangat bagus dan memenangi Man Of The Match dalam setiap perlawanan.”

Baca yang lain