Emir Qatar Sokong PSG Jual Mbappe Jika Dia Tak Mahu Lanjutkan Kontrak

Masa depan Kylian Mbappé terus hangat apabila bintang Paris Saint-Germain itu dilaporkan telah diberi kata dua oleh individu paling berkuasa di kelab itu.

Menurut El Chiringuito, wakil Mbappé dan Emir Qatar bertemu untuk membincangkan masa depan pemain Perancis itu di PSG.

Dalam pertemuan itu, ia telah ditegaskan sekali lagi kepada Mbappé bahawa, dia perlu memilih sama ada mahu melanjutkan setahun tambahan dalam kontraknya sebelum latihan disambung semula menjelang musim depan, atau kelab itu akan menjualnya.

Sebelum ini Nasser Al Khelaifi yang merupakan presiden kelab telah memberitahu Mbappe perkara yang sama.

Dan kini pendirian itu disokong sendiri oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim ibn Hamad Al Thani.

Mbappé telah pun memberitahu kelab bahawa dia tidak berhasrat untuk mengaktifkan lanjutan tambahan tahun dalam kontrak semasanya.

Membuatkan pengurusan tertinggi PSG sangat mara dan kecewa.

Kini Emir Qatar sedia menjual Mbappe ke Real Madrid. Dengan Emir Qatar sudah berhubung dengan Florentino Perez tentang perkara itu.

PSG tidak rela membiarkan Mbappe pergi secara percuma selepas membelinya dengan kos keseluruhan €180 juta daripada AS Monaco satu ketika dahulu.

Real Madrid sebelum ini pernah menawarkan sekitar €160 juta untuk mendapatkan Mbappe seperti mana disahkan Perez pada tahun lalu.

Dan kini mereka sedia membayar sehingga €120 juta dari segi yuran perpindahan. Namun PSG pula meletakkan tanda harga €200 juta untuk pemain itu.

Buat masa ini, hanya kelab seperti Real Madrid dan Man City yang benar benar berkemampuan mendapatkan Kylian Mbappe.

Mbappe sudah lama meminati Real Madrid. Sebelum ini dia pernah hampir menyertai Real Madrid namun menarik balik keputusannya.

Perez sangat marah dengan Mbappe pada masa itu. Namun Mbappe dilaporkan sudah meminta maaf dengan Perez. Dan kemudian Real Madrid sekali lagi meletakkan Mbappe dalam senarai pemain yang mereka mahukan di masa akan datang.

Walau apa yang pernah dilakukannya ke atas Real Madrid, kelab itu masih mahukannya.

Lebih lebih lagi ketika ini, mereka baru kehilangan Karim Benzema. Real Madrid mahukan pemain berpengaruh seperti Mbappe datang ke kelab itu dan menjadi bintang utama mereka.