Emirhan Delibas Ditamatkan Kontrak Kerana Miliki Akaun Cari Jodoh

Kelab Turki yang berpangkalan di Istanbul, Besiktas menamatkan kontrak pemain mudanya, Ermihan Delibas atas alasan yang rare.

Pemain 21 tahun itu ditamatkan kontrak kerana memiliki akaun di laman mencari jodoh atau mencari pasangan.

Delibas dipanggil oleh pengurusan kelab kerana tindakan pemain itu telah membuatkan dia menjadi perhatian ramai di media sosial yang dianggap tidak bagus untuk pembangunan pemain itu dan kelab.

Kelab mendapat tahu Delibas memuat naik beberapa gambar dengan baju atau pakaian yang ada logo Besiktas. Ini termasuk botol air dan baju latihan.

Dalam profile-nya, Delibas meletakkan usianya 24 tahun. Membuatkan pemain itu mulai diragui memberikan informasi meragukan di media sosial.

Kemudian ada pihak mulai meragui umur Delibas, dan mengesyaki Besiktas memalsukan umur pemain itu meletakkannya 21 tahun.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan telah menunjukkan pakaian kotor jurulatihnya.

Perbuatan itu dianggap mencemarkan reputasi pasukan dan juga individu lain di kelab itu.

Dengan pemain sebenarnya tidak dibenarkan mendedahkan suasana di bilik persalinan mereka kepada umum sesuka hati.

Delibas sudah diminta membela dirinya. Dan dia berkata bahawa akaun tersebut fake. Namun kelab tidak menerimanya dan dia ditamatkan kontrak.

Delibas pemain yang bermain di bahagian sayap. Setakat ini hanya membuat 2 penampilan dengan skuad senior. Dia merupakan pemain yang dinaikkan pangkat daripada akademi kelab.

Dia cemerlang mewakili kelab di semua peringkat meraja.

Dalam kenyataan ringkas kelab itu Besiktas berkata: “Kami telah memutuskan kerjasama dengan pemain profesional Emirhan Delibas atas persetujuan bersama. Kami mendoakan yang terbaik buatnya di masa hadapan.”

Apa yang pasti ramai peminat kurang senang dengan tindakan kelab menamatkan kontrak Delibas jika hanya kerana dia membuka akaun di laman cari jodoh.

Namun ada juga yang menyokong tindakan kelab itu. Kerana semakin ramai menyampah dengan generasi muda Turki hari ini yang terlalu gilakan media sosial.

Mereka mebandingkan konten media sosial Delibas dengan Ramos.

Wakil daripada ultras Besiktas juga setuju dengan penamatan kontrak itu. Mereka berkata: “Biar ini menjadi pengajaran kepada yang lain. Kerana semakin ramai tak memahami nilai sehelai jersi Besiktas.”