Emoji Boba Akhirnya Tersedia

The Unicode Consortium merupakan sebuah agensi tidak bermotifkan keuntungan, di mana mereka merupakan badan yang menyeragamkan bahasa simbol dalam platform digital.

Emoji merupakan salah satu simbol yang sangat digemari para warganet pada hari ini.

Ia mewakili perlambangan kepada pelbagai perkara. Semakin lama, penggunaan emoji ini sangat meluas.

Para Rabu lalu, The Unicode Consortium mengumumkan ada 62 emoji baharu untuk korang gunakan selepas ini.

Ianya terdiri daripada emoji seperti polar bear, teko, pinata, tema gender dan warna kulit, dan yang paling penting bubble tea ataupun boba.

Unicode Consortium mendapati kegilaan orang Asia ke atas boba. Dan mereka mahu bertindak pantas untuk menyertakan emoji bubble tea di dalam kemaskini terbaru mereka.

Sebelum ini Unicode Consortium dikritik kerana lambat dalam mengemaskini dan memperkenalkan emoji terbaru.

Unicode Consortium kali ini mahu bertindak lebih inklusif, subtle dan lebih peka ke atas budaya dan citra masyarakat.

Jadi lepas ni senang la korang nak ajak kawan korang mengteteh boba.

Korang boleh buka pautan di bawah ini untuk melihat kesemua 62 emoji terbaru yang bakal anda terima dan boleh gunakan selepas ini.

Emoji Terbaru Dari Unicode Consortium

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di