Kehidupan mewah dan pendapatan yang lumayan sememangnya tidak asing lagi untuk seseorang pemain bola sepak profesional masa kini.
Dek kerana terlalu di mewahkan dengan pendapatan yang lumayan, untuk melihat seseorang pemain yang bermain sepenuh hati demi lencana di dada sudah menjadi satu hal yang jarang dilihat.
Menjadi pemain bola sepak profesional kini sudah menjadi salah satu pekerjaan impian ramai, bahkan ada ibu bapa yang sanggup berhabis duit untuk menghantar anak mereka ke akademi bola sepak ternama.
Leo Messi has just bought a £15m private jet. The footsteps contain the names of his loved ones. 😍🛩 pic.twitter.com/6mhmOJ7cdk
— Football Tweet (@Football__Tweet) December 11, 2018
Tetapi, tidak dinafikan juga bahawa masih ramai pemain yang ceburi dunia sukan ini kerana minat dan cintanya mereka terhadap sukan bola sepak.
Namun, dalam ramai yang bermain bola sepak kerana minat, ada juga pemain yang menjadikan dunia bola sepak tidak lebih dari sebagai sebuah pekerjaan yang menjanjikan hasil yang lumayan.
Berikut merupakan antara empat pemain yang jelas bermain bola kerana mengejar pendapatan yang lumayan.
Namun tidak adil juga untuk menganggap mereka tamak, hal ini kerana kesemua pemain tersebut mempunyai alasan tersendiri tentang mengapa mereka membuat keputusan tersebut.
📍GEORGINA RODRIGUEZ will hand out early Christmas gifts to children in Madrid after jetting to the Spanish capital in Cristiano Ronaldo’s £20million private jet.📍 pic.twitter.com/hW9qay7IQe
— Maria Gonsan ⚘⚽️⚘🇨🇴⚘🇩🇪⚘ (@Princes07207397) November 14, 2020
Hulk
Hulk merupakan salah seorang pemain kebangsaan Brazil yang pernah mencuri tumpuan dunia dengan aksi hebatnya satu ketika dahulu.
Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang telah mengubah pandangan peminat terhadap dirinya dengan menyatakan:
“Saya tidak akan menipu, semua orang tahu saya pemain bola sepak, dan saya terpaksa mengabaikan semua itu kerana masalah kewangan antara saya dengan Zenit.”
Hulk mungkin akan beraksi bersama pelbagai kelab gergasi di benua Eropah dan beraksi di liga besar seperti Premier League, La Liga dan Serie A, namun beliau lebih memilih untuk bersama dengan pasukan yang mampu untuk menawarkan pendapatan yang lebih lumayan.
#Hulk will leave #Zenit and join #ShanghaiSIPG where he will earn €20m/year!!! Money talks! pic.twitter.com/WuISovgTcc
— Diego Montalvan (@DMontalvan) June 28, 2016
“Saya selalu kata bahawa saya adalah salah seorang peminat bola sepak Inggeris, saya juga selalu bermimpi untuk beraksi di pentas premier league. Tetapi saya perlu mencari kelab yang mampu membayar saya setimpal dengan bakat yang saya miliki.”
Assou-Ekotto
Assou-Ekotto merupakan pemain full-back untuk skuad kebangsaan Cameroon dan pernah beraksi di pentas premier league bersama Tottenham Hotspur.
Ekotto merupakan antara pemain paling jujur dalam dunia bola sepak, sehingga ketika waktu kemuncaknya bersama Tottenham, beliau berani untuk berterus terang tentang mengapa beliau memilih bola sepak sebagai kerjayanya.
“Sekiranya saya berani datang ke England, dengan saya tidak kenal sesiapa di sini dan saya tidak bercakap bahasa Inggeris, kenapa saya perlu datang sini? Ianya jelas kerana kerja.”
Assou Ekotto at least his honest 😂⚽ #money pic.twitter.com/8OeCojIwkR
— Josh (@sadz_7) August 14, 2013
Walaupun beliau gagal untuk menyumbangkan sebarang kejayaan bersama Tottenham, namum Ekotto merupakan seorang pemain yang berani untuk berterus terang dalam apa juga pandangan peribadinya.
“Sekiranya saya masih bermain bola sepak bersama rakan saya di Perancis, saya mungkin akan mencintai sukan bola sepak, tetapi karier saya hanya akan bertahan selama 10 tahun, 15 tahun, jelas ianya hanya sebuah pekerjaan.”
“Benar, ianya adalah kerja yang sangat bagus, dan saya tidak kata saya benci bola sepak, tetapi ianya bukan keutamaan saya.”
Alex Song
Alex Song merupakan bintang muda yang pernah bersinar ketika beraksi bersama Arsenal suatu ketika dahulu.
Oleh kerana bakat yang beliau miliki, Alex Song kemudiannya menyertai Barcelona pada tahun 2012 dengan nilai perpindahan bernilai €19 juta.
Beliau berjaya menarik minat Barcelona untuk menandatanganinya selepas beliau mempamerkan aksi yang sungguh mengagumkan ketika bersama Arsenal.
"When Barcelona offered me a contract, and I saw how much I would earn, I didn't think twice. I met Barça's sporting director, and he told me I would not get to play many games. But I didn't give a f**k. I knew that now I would become a millionaire."
– Alex Song pic.twitter.com/NtO5Gq4A23
— AFTV (@AFTVMedia) May 19, 2020
“Ianya seperti satu penghargaan untuk saya apabila dapat beraksi bersama sebuah kelab terhebat di dunia seperti Barcelona.”
Menurut Song juga, beliau sudah tahu akan nasib kariernya sekiranya beliau menandatangani perjanjian bersama Barca, namum beliau tidak peduli tentang itu dan lebih mementingkan tawaran lumayan yang beliau terima.
“Saya bertemu dengan sporting director Barcelona, dan dia beritahu saya bahawa saya tidak akan dapat bermain dalam banyak perlawanan di sana.”
“Sesetengah pemain akan menolak tawaran tersebut, tetapi ianya tidak untuk saya. Apa yang pasti saya akan menjadi jutawan sekarang.”
Dan ianya alasan yang sama seperti Oscar, Alex Song menerima tawaran lumayan tersebut kerana memikirkan keluarganya dan mahu membantu mengubah nasib keluarganya.
“Ketika Barcelona menawarkan saya kontrak dan saya lihat berapa jumlah akan saya terima, saya tidak berfikir dua kali, saya cuma mahu lihat isteri dan anak saya hidup selesa selepas karier saya berakhir nanti.”
"But I didn't give a f*** – I knew that now I would become a millionaire."
In one of the most honest interviews you'll ever read from a professional footballer, Alex Song has opened up about his career. https://t.co/KVU3xo3xbr pic.twitter.com/F0ilfRWCo0
— SPORTbible (@sportbible) May 18, 2020
Oscar
Oscar merupakan pemain kebangsaan Brazil yang kini beraksi bersama pasukan dari China, Shanghai SIPG sejak dari tahun 2017 yang lalu.
Beliau berjaya mencipta nama sejak dari usia remaja dengan telah berjaya peroleh pelbagai kejayaan bersama skuad kebangsaan Brazil dan beliau juga merupakan pemain yang berjaya membantu Chelsea menjuarai premier league sebanyak dua kali.
Oscar meninggalkan Chelsea pada tahun 2017 untuk menandatangani perjanjian bersama Shanghai SIPG dengan nilai €60 juta di usia 25 tahun.
Ramai yang keliru mengapa seorang pemain muda yang boleh bersinar di pentas lebih besar memilih untuk pergi ke kelab lain hanya kerana tawaran gaji yang lebih lumayan.
Former Chelsea midfielder Oscar has arrived in China after agreeing a £52m move to Shanghai SIPG. pic.twitter.com/xCFfRbDrgV
— Squawka News (@SquawkaNews) January 2, 2017
Namun Oscar ada alasannya sendiri mengapa beliau memilih tawaran gaji yang tinggi berbanding beraksi bersama kelab terkemuka dunia yang menjamin masa depan kariernya.
“Saya datang dari latar belakang yang teruk di Brazil, yang mana keluarga saya sangat miskin. Kami tidak punya apa-apa. Ini adalah pokok untuk kerjaya saya dan saya layak untuk ini, ianya kerana usaha saya.”
Oscar:
🗣️ "I am criticised for coming to China. Footballers are like any other worker, we want to earn money and help our families. I come from a very poor family in Brazil, I do this for them. I have the right to choose where I want to play." pic.twitter.com/KUFaWUhO6u
— Football Tweet (@Football__Tweet) July 10, 2020
Jelaslah bahawa Oscar sebenarnya bukanlah tamak atau pentingkan diri sendiri, beliau sebenarnya memikirkan tentang keluarganya.
“Kesemua pemain bola sepak atau pekerja mahu mendapatkan duit untuk membantu keluarga mereka.”