Enam Barang Pelik Yang Terjual Dengan Harga Tidak Masuk Akal Di eBay

eBay adalah sebuah website jualan atas talian yang terbesar di dunia. Sempena perayaan ulang tahun ke- 22 tahun mereka.

eBay telah menyenaraikan beberapa barangan pelik dan menarik yang pernah dijual oleh mereka.

Memang pelik-pelik benda yang dijual, dari menjual kehidupan sampai lah menjual batu karang miliknya sendiri.

Jadi siapa kata maruah tidak bernilai? Siap boleh jual dekat eBay lagi tau.

eBay adalah sebuah syarikat perniagaan atas talian. Bahasa mudahnya eBay ni sama lah macam mudah.my.

eBay sudah ditubuhkan sejak tahun 1995 lagi dengan nama AuctionWeb.

Nama AuctionWeb tu sebab eBay ni memberi peluang kepada semua orang untuk membeli barangan yang diinginkan mengikut harga lelongan.

Item pertama yang dijual adalah penunjuk laser rosak dijual dengan harga $14.83.

Laman web ini pada mulanya terfokus sepenuhnya pada barangan jenis koleksi peribadi.

Sekarang, kita semua tahu eBay adalah destinasi untuk membeli apa sahaja.

Sama ada pakaian terpakai, kereta vintage atau komputer baru.

Selama hampir 22 tahun perjalanan Website lelongan eBay beroperasi terlalu banyak barangan pelik yang pernah terjual.

Hari ni kita senaraikan enam barang paling pelik tetapi menarik yang pernah dijual.

Lelaki yang menjual hidupnya

Dijual: £192,276

Seorang lelaki British yang menetap di Australia telah membuat keputusan yang sangat mengejutkan apabila dia mahu menjual seluruh kehidupan dia sendiri.

Pada tahun 2008 selepas bercerai dengan pasangannya, Ian Usher yang ketika itu berusia 44 tahun nekad untuk menjual segala yang beliau miliki untuk memulakan kehidupan baru.

Ian menjual segalanya termasuk Rumah mewah yang memiliki tiga bilik tidur, Kereta Mazda, Motor Besar, Jet Ski, dan beliau turut menawarkan pekerjaan yang beliau lakukan ketika itu kepada temannya.

Nampaknya itu adalah langkah yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru. Jual semua yang lama baru lah betul-betul kehidupan baru.

Ian kemudiannya berjaya mengeluarkan sebuah buku berkisarkan tentang pengalaman yang beliau lalui serta tentang bagaimana beliau mencari cinta baru dan membeli pulau idaman sendiri.

Gula-gula Getah Britney Spears

Dijual: £335.67

ebay adalah tempat terbaik untuk mencari barangan kenangan milik bintang terkenal. Korang kenal dengan Britney spears? Barangan tentang dia pon ada jual kat eBay.

Secebis Gula-gula getah yang dikunyah oleh Britney telah dikutip oleh seorang individu yang mengutipnya di perkarangan London’s Sanderson Hotel. Tempat dimana Britney pernah tinggal pada tahun 2004.

Itu bukanlah Satu-satunya barang peribadi milik penyanyi lagu “Hit Me Baby One More time” itu dijual.

Pada tahun yang sama ada orang yang berjaya menjual helaian rambut Britney dengan harga £512,500.

Paling aneh ada juga yang berjaya menjual sisa egg-salad sandwich yang dimakan oleh beliau dengan harga £238.77.

Roti bakar ‘Virgin Mary’

Dijual: £18,259

Tiada apa yang istimewa tentang roti bakat, tetapi apabila roti bakar itu melambangkan keagamaan, ia akan menjadi sesuatu yang menarik.

Pada tahun 2004, seorang wanita dari Florida telah menjual set roti bakar keju di eBay.

Selepas 10 tahun memeliharanya, roti bakar itu berjaya dijual dengan harga yang tinggi.

Goldenpalace.com mempunyai tabiat suka membeli barangan pelik di eBay dan memutuskan untuk mendapatkan roti bakar itu dengan harga £18,259.

Lelongan itu menjadi sensasi sehingga munculnya product berasaskan “Mary” seperti T shirt dan replika roti bakar.

Tongkat hantu

Dijual: £42,000

Pembida yang berjaya membeli roti bakar “Mary”, Goldenpalace.com sekali lagi muncul untuk membida barangan Unik di eBay.

Kali ini beliau membida untuk mendapatkan sebuah tongkat berhantu dengan nilai £42,000.

Seorang wanita yang berasal dari India telah meletakkan sebatang tongkat berhantu untuk dijual di eBay. Kenapa tongkat itu berhantu?

Wanita itu sebenarnya hanya nak tipu anak dia bahawa kalau tongkat milik mendiang Datuknya dijual maka hantu datuknya juga akan pergi.

Namun setelah berjaya menjual tongkat itu tak tahu lah hantu datuknya masih ada dirumah itu atau tak. Jangan lepas ni dia jual hantu pula sudah lah.

Batu karang Milik William Shatner

Dijual: £14,000

Ketika Britney spears tidak terlibat dengan penjualan Gula getah miliknya di eBay Kerana dijual oleh orang lain, seorang lelaki munculkan diri sendiri di eBay untuk menjual batu karang miliknya sendiri.

Lelaki berusia 74 tahun itu telah menjalani pembedahan selepas dia dikejarkan ke hospital Boston Legal kerana mengalami sakit belakang yang teramat sakit.

Beliau bertekad untuk mencari sedikit uang tambahan dengan menjual batu karang yang membuat beliau menderita kesakitan.

Tahu siapa yang beli batu karang tu? Pembelinya adalah orang yang sama membeli roti bakar “Mary” dan tongkat hantu, Goldenpalace.com

Banyak betul duit pemilik Goldenpalace.com ni sampai semua benda pelik dia aja yang nak beli.

Ruang pengiklanan di dahi

Dijual: £6,519

Goldenpalace.com memang gemar membeli benda-benda pelik, owh ya untuk pengatahuan Goldenpalace ni sebuah syarikat pemilik website kasino.

Seorang wanita dari Utah sedang dalam usaha mencari dana untuk membayar yuran pengajian anak lelakinya.

Beliau muncul dengan idea luar biasa menawarkan dahi nya untuk menjadi ruang iklan. Goldenpalace.com membida untuk mendapatkannya.

Dengan £6,519 Goldenpalace.com berjaya mendapat slot khas mengiklankan web mereka di dahi wanita itu.

Nampak punya pelik barang-barang yang terjual kt eBay ni. Korang tak nak cuba jual apa-apa ke kt sana?

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi