Endrick Dan Arif Aiman Dilepaskan Daripada Kem Kebangsaan

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon mengesahkan bahawa 2 pemain kebangsaan, Endrick Dos Santos dan Arif Aiman dilepaskan daripada kem latihan pusat Harimau Malaya.

Ini kerana kedua dua pemain tidak cergas akibat kecederaan.

Kim Pan Gon turut mengesahkan bahawa beliau tidak akan memanggil pemain baharu untuk mengisi tempat 2 pemain itu. Kerana tiada keperluan untuk berbuat begitu.

Dalam kenyataan rasmi di page FAM, Kim Pan Gon berkata:

“Dua pemain, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua itu mengalami kecederaan.”

“Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.”

“Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.”

“Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu.”

“Semoga cepat sembuh, Arif Aiman dan Endrick!” tutup pengendali asal Korea Selatan itu.

Malaysia kini dalam rangka persiapan untuk aksi antarabangsa yang seterusnya pada 28 Mac ini.

Sebelum ini Harimau Malaya menang 1-0 ke atas Turkmenistan menerusi jaringan tunggal Akhyar Rashid.

Baca yang lain