Endrick Dan Teman Wanitanya Setuju Beberapa Syarat Dalam Kontrak Cinta Mereka

Teman wanita Endrick ada syarat khas dalam hubungan mereka. Perkara itu sudah disahkan sendiri oleh Endrick yang menyatakan bahawa kedua dua mereka sudah menandatangani kontrak cinta dengan beberapa klausa.

Endrick masih berusia 16 tahun. Namun dia sudah memiliki teman wanita yang cantik. Endrick juga memiliki masa depan yang cerah di hadapannya.

Dia adalah bakat yang dianggap prospek generasi, pemain mengujakan selepas Neymar satu ketika dahulu. Dia menggegar liga Brazil bersama Palmeiras pada usia 16 tahun dan membuat debut untuk skuad kebangsaan serta mencetak gol.

Endrick sudah setuju menyertai Real Madrid. Namun dia kekal di Brazil sehingga usia 18 tahun. Jumlah keseluruhan Real Madrid bayar untuk mendapatkan Endrick mencecah €60 juta.

Endrick di luar padang, menjalin hubungan cinta dengan model berusia 20 tahun, Gabriely Miranda. Dalam podcast dengan Pod Delas baru baru ini dia menyatakan mereka sudah sign perjanjian kontrak cinta.

Menurut Endrick, kontrak itu adalah kontrak sukarela antara mereka berdua.

Salah satu klausa, Endrick dan Miranda harus melafazkan I Love You kepada satu sama lain walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun baru lepas bergaduh. Kontrak tersebut dibaratkan sweet oleh peminat Endrick.

Seterusnya masing masing harus mengelak ketagihan yang mengundang mudarat seperti dadah dan alkohol.

Endrick berkata, dia memasukkan klausa itu kerana dia tidak minum arak.

“Saya tak nak minum arak sebab apa yang pernah saya lalui dalam keluarga saya. Saya memang tak suka alkohol. Lagipun saya pemain profesional, saya tak minum arak atau berparti di kelab malam. Itu boleh merosakkan prestasi saya.

“Saya cuma keluar untuk beli baju. Ibu bapa saya kawal wang saya supaya tak boros, atau membuang terlalu banyak duit, seperti dalam video game.”

Selain itu Endrick dan Miranda tidak boleh berubah kelakuan secara drastik. Yang akan membuatkan mereka melanggar kontrak.

Klausa yang seterusnya, Endrick dilarang sama sekali mengetik like pada mana mana hantaran wanita lain di Instagram. Endrick dibenarkan keluar malam namun Miranda harus tahu dengan siapa dia keluar.

Pengurus Palmeiras, Abel Fereira akui dia tahu akan kontrak ini. Dia juga bimbang pemain itu akan menjadi perhatian media sehingga mengganggu fokusnya untuk bermain.