Enggan Dipotong Gaji, Alex Song Bersama 8 Pemain Lain Ditamatkan Kontrak Oleh FC Sion

Bekas pemain Arsenal. Alex Song berkata dia tidak tahu kenapa dia dibuang oleh pasukan FC Sion selepas enggan menerima pemotongan gaji semasa krisis Coronavirus.

Song merupakan salah satu dari 9 pemain yang ditamatkan kontrak oleh kelab selepas tidak mahu menerima gaji yang dikurangkan dari pengerusi kelab, Christian Constantin.

Bekas pemain tengah the gunners itu mahu melaporkan kepada FIFA dan berharap kelab dari Switzerland itu dihukum selepas pemain menolak untuk dipotong gaji.

Alex Song menghabiskan kariernya selama 8 musim di Arsenal termasuk 1 musim pinajaman

Song dan 8 yang lain termasuk seorang lagi bekas pemain Arsenal, Johan Djourou dilepaskan selepas gagal membalas mesej WhatApps yang dihantar kepada semua pemain oleh Constantin.

Constantin mahukan para pemainn mengambil perjanjian technical unemployment melibatkan gaji akan dikurangkan menjadi sekitar £ 10,750 bagi membantu kelab menangani krisis kewangan selepas wabak Coronovirus menghentikan perjalanan bola sepak domestik.

Liga Switzerland dihentikan pada 1 Mac lepas selepas kerajaan mengharamkan perhimpunan yang dihadiri lebih dari 1,000 orang.

Song telah membantah keputusan Sion dan memberi amaran kepada kelab bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Bekas pemain antarabangsa Cameroon itu memberitahu RMC Sport peguamnya akan menguruskannya.

“Mari pergi ke FIFA. Kami akan mempertahankan hak kami.”

“Kami bermain dalam perlawanan persahabatan pada Jumaat (20 Mac) dan kami sepatutnya berjumpa Presiden pada Isnin.”

“Kemudian pada hari Selasa kami tidak mendengar apa-apa berita.”

“Kami menerima mesej WhatApps pada petang Selasa. Memberitahu bahawa setiap pemain perlu menandatangani kertas yang mengandungi penurunan gaji.”

“Kami akan dibayar sekitar € 12,000.”

“Kami memulangkan kertas itu pada tengahari, hari berikutnya. Kami menerima dokumen ini tanpa sebarang penjelasan.”

Dalam versi peristiwa Song, dia mendakwa tidak memahami sepenuhnya implikasi dokumen yang dihantar kepada kumpulan WhatsApp itu.

Bekas pemain tengah Barcelona itu menambah dia merupakan seorang pemain bola sepak, dan hal tersebut bukan tugasnya.

“Perlukan seseorang mengesahkan dokumen itu dan saya tidak dapat menandatanganinya. Kami tidak melakukan sebarang perbincangan.”

“Semua kelab bercakap hari ini, kapten kami tidak tahu apa-apa. Kami memutuskan tidak menandatangi dokumen ini.”

“Saya tidak membuat salah laku profesional. Semua kelab bercakap dengan pemain mereka untuk mencari penyelesaian, kita tidak faham apa yang berlaku, tidak ada yang dapat memahami.”

Bekas pemain pinjaman Newcastle United, Seydou Doumbia dan bekas pemain Fulham, Pajtim Kasami juga termasuk dari 9 pemain yang dilepaskan oleh kelab.

Christian Zock, Ermir Lenjani, Xavier Kouassi, Birama Ndoye dan Mikael Facchinetti antara pemain yang terlibat.

Para pemain ini mendapat sokongan dari Persatuan Pemain Switzerland (SAFP) yang telah membantah keputusan kelab itu dan mengganggapnya tidak adil kepada pemain.

Alex Song pernah bermain bersama Barcelona sebanyak 65 kali

Surat yang dihantar oleh SAFP berbunyi

‘Anda telah menamatkan kontrak pemain tanpa notis melalui surat bertarikh 18 Mac 2020’.

Dengan ini kami dengan jelas memprotes penamatan tanpa notis.’

‘Oleh itu kami berharap anda akan menarik balik penamatan itu dengan segera dan berbincang tentang pilihan alternatif yang ada’

Song tiba di Sion dari kelab Rusia, Rubin Kazan dengan perpindahan percuma pada Ogos 2018. Sehingga kini dia telah bermain sebanyak 22 kali bersama Sion.

Sion kini berada di tangga ke-8 dari 10 pasukan, 4 mata dihadapan zon penyinkiran dengan baki 13 perlawanan lagi.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan