England 1 Croatia 0: ‘Brilliant’ Phillips Bantu England Tewaskan Crotia

England menewaskan Croatia melalui jaringan tunggal Raheem Sterling di Stadium Wembley.

Kedua-dua pasukan agak buntu untuk mencipta peluang jaringan sepanjang perlawanan.

Larian dan tolakan bijak dari Kalvin Phillips membolehkan Raheem Sterling menjaringkan gol yang membeza England dan Croatia pada perlawanan ini.

Gareth Southgate tidak menurunkan pertahanan terkuatnya apabila Harry Maguire masih belum pulih sepenuhnya.

Jack Grealish juga tidak berada dalam senarai kesebelasan utama.

Kieran Trippier sekali lagi mendapat kepercayaan pengurus itu untuk berada di pertahanan kiri berbanding Ben Chilwell

England bermula garang apabila Phil Foden melakukan percubaan menewaskan Dominik Livakovic pada minit ke-7 namun diselamatkan oleh tiang kiri gawang Croatia.

England menguasai permainan melalui penguasaan bola 66:33 sepanjang 25 minit pertama namun kehilangan rentak selepas setengah jam.

Kedua-dua pasukan mula menampilkan aksi hambar tanpa sebarang percubaan.

Pada minit ke-42 England mendapat sepakan percuma berhampiran garisan kotak penalti.

Namun Kieran Trippier mensia-sia peluang terbaik itu apabila sepakannya gagal menembusi benteng yang dibina oleh Croatia.

Kalvin Phillip menampilkan ketenangan mempertahankan benteng pertahanan mengawal ancaman yang hadir melalui Andrej Kramaric dan Ante Rebic.

Keputusan separuh masa pertama terikat tanpa jaringan.

Baca juga

Prospek Belanda Di Piala Eropah 2020

Kedua-dua pasukan terus mempamerkan aksi hambar selepas 10 minit separuh masa ke-2 belangsung, secara tiba-tiba Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan.

Berpunca dari larian genius Phillips minit ke-57 yang kemudiannya menolak bola kepada Sterling.

Jaringan teesebut kembali menghidupkan persembahan suram kedua-dua pasukan.

Berselang 3 minit, England melepaskan peluang besar untuk melebarkan kedudukan apabila Harry Kane gagal menolak bola ke dalam gawang Croatia pada jarak kurang dari 6 ela.

Pada minit ke-73 Kyle Walker melakukan hadangan bijak untuk menghalang ancaman Ivan Perisic yang mahu menolak bola ke dalam gawang England.

Beberapa detik selepas itu Sterling melakukan percubaan melambung dalam kotak penalti walaupun tidak dicabar oleh mana-mana pemain Croatia.

Southgate melakukan kejutan apabila memasukan pemain berusia 17 tahun, Jude Bellingham dengan mengeluarkan Harry Kane.

Kapten England itu kelihatan terpinga-pinga apabila mengetahui dia pemain yang dikeluarkan.

Bellingham muncul sebagai pemain termuda kejohanan mengenepikan Jetro Williams dari Belanda.

Kedua-dua terus mempamerkan kebuntuan mencari gol ke-2 perlawanan dan keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada England.

England akan berehat selama 5 hari sebelum menunggu kunjungan Hungary di Wembley pada 19 Jun sementara itu Croatia akan terbang ke Hampden Park, Scotland untuk bertemu Republik Czech.

Pemain terbaik perlawanan: Kalvin Phillips (England)

Baca yang lain