England ketika ini mahu Pep Guardiola menjadi pengurus baharu mereka untuk menggantikan Gareth Southgate yang meletak jawatan – menurut laporan Independent UK.
Southgate meletak jawatan selepas England tewas dalam final Euro buat kali kedua berturut turut. Kali ini mereka kalah di tangan Sepanyol.
FA England sebenarnya benar benar mahu pengurus itu kekal. Tetapi Southgate sudah memutuskan untuk angkat kaki kerana kegagalan tersebut.
Pengurus seperti Jurgen Klopp dalam senarai dimahukan oleh FA England. Tetapi wakil kepada Klopp sudah memberitahu FA England bahawa adalah mustahil untuk Klopp mengisi jawatan pengurus di England ketika ini.
Ini disebabkan Klopp masih mahu berehat daripada dunia pengurusan bola sepak. Klopp ketika ini masih bercuti bersama keluarganya.
Dan kini England mahukan Pep Guardiola yang ketika ini mengendalikan Manchester City – juara bertahan EPL untuk 4 musim berturut turut.
Guardiola dianggap sangat sesuai dengan England kerana pemain pemain Three Lions ramai terdiri daripada pemain muda yang sukakan bola sepak high pressing.
Kontrak semasa Guardiola dengan Manchester City akan berakhir pada 2025. Guardiola masih belum melanjutkan kontrak baharu di Man City pada masa ini.
FA England sedia menunggu Guardiola tamat kontraknya pada akhir Jun 2025. Ini dengan melantik interim terlebih dahulu untuk mengendalikan skuad kebangsaaan England sementara menunggu Pep Guardiola, jika dia tidak mahu meninggalkan Man City lebih awal.
England juga sedar bahawa bukan mudah untuk mereka cuba meyakinkan Guardiola. Lebih lebih lagi pengurus itu benar benar selesa di Manchester City pada mas ini.
Selain itu Manchester City tidak pernah memikirkan untuk kehilangan Guardiola pada ketika ini. Dan yakin pengurus itu akan melanjutkan kontrak baharu di kelab itu.
Tetapi apa sahaja boleh berlaku. Kerana FA England menganggap jawatan pengurus England adalah jawatan idaman semua pengurus. Ianya jawatan yang sangat popular dan menjanjikan gaji yang luar biasa berbanding dengan jawatan pengurus pasukan kebangsaan negara lain.
Idea melantik interim sementara menunggu Guardiola tamat kontrak benar benar dalam pertimbangan oleh negara tersebut.
Nama pengurus B-21, Lee Carsley dianggap pilihan utama untuk menjadi interim pada masa ini. Carsley juga antara nama yang menjadi calon pengganti Southgate, dalam senarai panjang FA England.
Apa yang penting, FA England mahukan isyarat daripada Guardiola sama ada dia berminat atau tidak dengan jawatan itu. Di mana England sedia menawarkan gaji sangat lumayan kepada Guardiola.
Selain daripada nama Guardiola, satu lagi nama yang mengejutkan ramai ialah Sarina Wiegman, pengurus pasukan wanita England yang membantu negara itu menjadi juara Eropah.
Wiegman dianggap calon yang baik untuk menjadi pengurus pasukan lelaki kerana dia memiliki gaya taktikal yang meyakinkan.
Jika ini berlaku, England akan memiliki pengurus wanita pertama yang mengendalikan pasukan lelaki mereka. Rekod Wiegman di peringkat antarabangsa dengan pasukan wanita sangat mengagumkan. Dia dianggap Guardiola versi wanita oleh beberapa media di Eropah.
Untuk senarai panjang calon pengurus Inglantera yang baharu boleh baca di dalam artikel yang kami terbitkan sebelum ini.