Dalam video tular, pengurus PSG Luis Enrique memarahi dan mengkritik Kylian Mbappe dengan perbandingan dengan Michael Jordan untuk kadar kerja pertahanannya.
Jelas sekali bahawa pengurus Paris Saint-Germain, Luis Enrique mahu pemain bintang Kylian Mbappe berusaha lebih keras semasa dia masih bersama pasukan terutama sekali ketika pasukan bertahan.
Ketika itu Mbappe sudah memikirkan perpindahan ke Real Madrid. Namun Enrique tidak kisah, kerana baginya, selagi lagi Mbappe di PSG pemain itu harus komited dengan kelab itu.
Mbappe sebelum ini seringkali diberikan layanan khas oleh pengurusnya. Misalnya di Perancis, dia diberikan kebebasan dan tidak dikerah untuk bertahan. Dia seringkali berada di sayap kiri menunggu bola.
Baru baru ini, Jude Bellingham kelihatan bengang dengan sikap Mbappe dan Vini yang tidak turun membantu pertahanan.
Jude Bellingham first defended the threat in the box
Then ran to give Arda the passing option.
Received the tough pass and played a pass hoping that a CF would be present in the middle.
Meanwhile Mbappé and Vini 💀pic.twitter.com/MB1ejst6rN
— Madrid Filmz 🎞️ (@MadridFilmz) October 3, 2024
Video tersebut menarik perhatian ramai pihak. Kerana Mbappe sudah terbiasa dengan gaya permainan sebegitu.
Sama juga ketika era PSG sebelum Luis Enrique. Tiada pengurus yang benar benar berani mempersoalkan komitmen Mbappe ketika bertahan. Tetapi Enrique mahu pemain itu berubah dan menguatkan lagi aspek permainannya secara holisitik.
Mbappe seringkali digelar pemain yang bakal menjadi pengganti kepada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi di pentas bola sepak dunia. Dia dianggap calon pemain terbaik dunia pada eranya.
Enrique dilihat memarahi Mbappe dalam video tersebut. Dia berkata: “Saya ada terbaca kamu minat dengan Michael Jordan. Michael Jordan dulu pun bertahan seperti seorang SOB kau tau.”
📺🗣️ Crazy 1-on-1 tactical analysis clip between Luis Enrique & Kylian Mbappé… 😳
"I read that you liked Michael Jordan?"
"Michael Jordan was defending like a son of a b****!" (@MovistarFutbol) pic.twitter.com/QOftpyypqD
— EuroFoot (@eurofootcom) October 3, 2024