Enrique Ingatkan Mbappe Bahawa Dia Bos Yang Berkuasa Tentukan Taktikal Bukan Pemain

Luis Enrique faham Kylian Mbappe merungut dengan taktikalnya baru baru ini, namun dia mengingatkan pemain itu, bahawa kuasa menentukan taktikal adalah di tangannya sebagai pengurus.

Sambil menyindir pemain itu bahawa, itu adalah keputusan terbaik pernah dia buat dalam kariernya. Kerana boleh sahaja mereka kehilangan tempat di kalah mati UCL jika kalah.

Enrique tidak tunduk kepada kuasa pemain apatah lagi memberikan superstar treatment kepada Mbappe seperti mana dibuat pengurus sebelum ini. Enrique sangat tak takut dengan player power.

Pertengahan minggu lalu, Kylian Mbappe dikatakan tidak selesa dengan taktikal Luis Enrique yang dianggap tak berani mengambil risiko atau bahasa kasarnya pengecut untuk terus menyerang.

Dan dikatakan agak sinis kepada pengurus itu agar mengubah pendekatan agar mereka lebih digeruni selepas ini. Mbappe berasa kecewa dengan Luis Enrique berikutan keputusan seri Paris Saint-Germain menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara.

PSG bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan satu mata menentang Dortmund pada hari Selasa. untuk meraih 1 mata penting. Jaringan Warren Zaire-Emery pada minit ke-56 menyamakan gol pembukaan minit ke-51 Karim Adeyemi.

Mbappe dinafikan gol pada separuh masa pertama apabila Niklas Sule menghasilkan satu hadangan yang luar biasa di atas garisan gol.

Keputusan seri di Jerman menyaksikan gergasi Perancis itu menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F di belakang Dortmund, yang mengungguli kumpulan dengan 11 mata.

Ketidakupayaan PSG untuk menewaskan pasukan Edin Terzic tidak menggembirakan Mbappe, yang TIDAK berpuas hati dengan taktik Enrique untuk bertahan ketika dalam keputusan seri. Mbappe menyelar pendekatan selamat itu kerana PSG seharusnya sentiasa mencari kemenangan.

Mbappe turut dikatakan menunjukkan rasa tak puas hatinya ketika Enrique memberikan arahan ketika mereka berada di atas padang. Lihat reaksi dia di sini yang jelas tidak gembira dengan arahan itu.

Dia mahu menjaringkan gol supaya PSG mendahului Kumpulan F dan menurut akhbar Perancis, Le Parisien, pemain berusia 24 tahun itu tidak berlengah daripada meluahkan rasa tidak puas hati kepada jurulatih berikutan keputusan itu.

Lebih-lebih lagi, mengikut Canal Plus melalui GFFN, penyerang itu berlalu pantas melalui zon media dan menaiki bas pasukan, di mana dia duduk bersendirian selama beberapa minit sebelum disertai oleh rakan sepasukannya yang lain.

Keputusan pengurus Sepanyol itu untuk bermain secara konservatif dibuat selepas AC Milan mendahului menentang Newcastle United, yang bermakna kekalahan menentang Dortmund akan menyaksikan mereka terlepas kelayakan Liga Juara-Juara.

Bercakap selepas keputusan seri PSG menentang Dortmund, Enrique berkata: “Pada minit ke-85, dengan kemenangan Milan memastikan kelayakan kami, saya memberitahu pemain saya untuk tidak terlalu mengambil risiko. Objektif kami adalah untuk menduduki tempat pertama, tetapi menduduki tempat kedua dalam kumpulan sukar ini adalah satu kejayaan.”

“Adalah perkara biasa bahawa pemain kecewa. Kami mempunyai lima peluang untuk menjaringkan gol – lima!”

“Kami akan menjadi agak bodoh untuk melepaskan gol pada minit ke-85. Apabila pemain kecewa, menjadi tugas saya untuk menguruskan pengambilan risiko ini, ketegangan ini.”

Enrique pertahankan diri sekali lagi

Terbaru Luis Enrique tampil mempertahankan dirinya sekali lagi. Dia berkata: “Saya faham kekecewaan Mbappe, saya faham dia terganggu dengan taktikal bertahan.”

“Namun di sini, saya adalah orang yang berkuasa menentukan arahan taktikal pasukan. Itu adalah keputusan terbaik yang pernah saya ambil dalam karier, yang pernah saya beritahu kepada pemain saya.”

“Milan sedang mendahului 2-1 di Newcastle pada minit ke-88. Jadi tidak perlu nak ambil risiko.”

“Kita sebenarnya ada cuba menjaringkan gol dengan menyerang ke kawasan Dortmund 2 atau 3 kali. jika kamu ingat balik.”

“Dari awal lagi misi kami adalah untuk menang. Saya faham emosi pemain pemain ini, namun minit ke-88 dengan perbezaan jaringan 2, ianya sesuatu yang bodoh untuk melepaskan apa yang kita miliki dalam momen itu, hanya kerana nak ambil risiko.”

Mbappe memang diberikan kuasa untuk campur tangan soal taktikal seperti mana kuasa yang diberikan PSG kepadanya sebelum ini. Namun Luis Enrique sudah menyatakan sebelum ini dia mahukan kuasa pengurus terjamin ketika dia menerima jawatan itu dulu.

Enrique juga membantah ketika PSG sebelum ini mahu membekukan Mbappe sepanjang musim. Kerana menurutnya, sebagai jurulatih dia mahu menggunakan pemain terbaik. Dan mendesak isu Mbappe diselesaikan segera pada masa itu.

Pengurus itu malah dilaporkan sedia membatalkan kontraknya jika PSG menghalangnya memnggunakan Mbappe ketika pemain itu masih ada kontrak dengan mereka.