Pengurus Sepanyol sudah mengeluarkan senarai 24 pemain yang akan bermain pada Euro akan datang.
Namun pengurus Sepanyol itu memutuskan untuk memanggil hanya 24 orang pemain sahaja.
Seterusnya kontroversi timbul apabila Enrique menyisihkan kesemua pemain Real Madrid termasuk Sergio Ramos.
Ramos yang bermain 180 kali untuk negaranya disisihkan atas alasan kecederaan hamstring yang melanda beliau membuatkan Ramos banyak berehat pada musim ini.
Bintang Manchester City yang tidak dipanggil Perancis, Aymeric Laporte berada dalam senarai panggilan. Laporte dianggap penggantik kepada Ramos.
Dengan keputusan tersebut, Enrique menjadi pengurus pertama yang tidak menyenaraikan pemain Real Madrid dalam senarai kejohanan kompetitif.
Former Barcelona manager Luis Enrique becomes the first Spain manager to name a squad for a major tournament with no Real Madrid players 😅 pic.twitter.com/gblcQrTKEe
— ESPN FC (@ESPNFC) May 24, 2021
Sepanyol akan beraksi dalam kumpulan E, berhadapan dengan Slovakia, Sweden dan Poland.
Berikut adalah senarai penuh pasukan Sepanyol.
Pejaga gol: Unai Simón, De Gea, Robert Sánchez
Pertahanan: Gayà, Jordi Alba, Pau Torres, Laporte, Eric García, Diego Llorente, Azpilicueta, Marcos Llorente.
Tengah: Busquets, Rodri, Pedri, Thiago, Koke, Fabián.
Penyerang: Dani Olmo, Oyarzabal, Morata, Gerard Moreno, Ferran Torres, Adama Traoré & Pablo Sarabia.
🚨 OFICIAL | ¡¡¡NUESTRA SELECCIÓN!!!
🇪🇸 Estos son los 24 futbolistas que defenderán los colores de la @SeFutbol en la #EURO2020.
💪🏻 ¡¡Vuestro grito de ánimo será nuestra energía en la lucha por el Campeonato de Europa!!#SomosEspaña #SomosFederación pic.twitter.com/KY87e0im3p
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) May 24, 2021
Peminat Sepanyol ternyata terkejut dengan ketiadaan nama kapten mereka, Sergio Ramnos pada kali ini.
Paling mengejutkan, nama Eric Garcia yang hanya bermain sekali dalam EPL musim ini, dipanggil oleh Enrique.