Pemain tengah berusia 23 tahun Chelsea, Enzo Fernandez telah menceraikan isterinya atas alasan dia sebelum ini terlalu awal berkahwin dan tidak pernah merasa peluang hidup single. Atau lebih tepat, tak pernah merasa hidup single dan kaya raya.
Enzo Fernandez memberitahu isterinya Valentina Cervantes, dia telah membuat kesilapan dengan berumah tangga dan berkeluarga terlalu awal.
“Enzo dan saya telah memutuskan untuk menjauhi satu sama lain hari ini,” tulis Cervantes di IG.
“Namun kami berdua akan kekal menjadi keluarga dan akan menyokong antara satu sama lain dalam segalanya. Kerana kami ada 2 orang anak yang perlukan kasihan sayang kami berdua.
“Saya kenal Enzo sebagai ayah yang hebat, dan dia juga sangat baik hati. Dan dia cukup baik untuk saya. Jangan ada pihak cuba mencipta konflik yang tidak ada di antara kami.
Wartawan Argentina, Julieta Argenta menulis di X selepas dia bercakap dengan Cervantes. Di mana Cervantes mengesahkan sendiri kepadanya bahawa Enzo Ferrnandez memutuskan untuk menikmati kehidupan bujang atau single yang dia langkau [skip] sebelum ini kerana memilih untuk berkeluarga pada usia awal.
Cervantes juga menafikan sama sekali Enzo Fernandez curang dengannya. Sambil Cervantes masih membuka pintu kepada Enzo untuk kembali kepadanya suatu hari nanti jika ada jodoh lagi.
Enzo Fernandez dan Cervantes berkenalan sejak 2018, ketika dia [Enzo] baru berusia 17 tahun. Di mana Enzo ketika itu bermain untuk River Plate, salah satu kelab terbesar di Argentina.
Cervantes yang tua setahun daripada Enzo Fernandez merupakan influencer media sosial, yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di Instagram. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 2019, dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Olivia (lahir 2020) dan Benjamin (lahir 2023).
Cervantes sebelum ini mendedahkan bahawa ketika dia melahirkan Olivia, Enzo Fernandez tidak ada pendapatan. Gajinya sebagai pemain pembangunan di River Plate tertunggak dan mereka pokai. Olivia menyokong keluarga mereka dan Enzo dengan melakukan pekerjaan tambahan selain daripada sekadar influencer. Dia juga bekerja sebagai wakil pegawai khidmat pelanggan.
Enzo dan Cervantes turut menyewa rumah pangsa yang menawarkan harga sewaan rendah. Kemudian keadaan membaik barulah mereka membeli rumah secondhand. Semua itu mereka lakukan untuk menampung perbelanjaan membesarkan Olivia.
Kehidupan mereka menjadi lebih baik selepas itu apabila Enzo berjaya dinaikkan pangkat ke pasukan utama. Di mana dia bermain 2 musim bersama skuad senior River Plate. Seterusnya aksi cemerlang Enzo Fernandez membuatkan dia dipancing kelab Eropah, Benfica.
Akhirnya pasangan itu menikmati kehidupan jauh lebih baik. Enzo membawa Cervantes dan anaknya ke Lisbon bersamanya. Dia beraksi cemerlang dan membantu negaranya menjulang Piala Dunia.
Valentina Cervantes on IG:
"Enzo and I have decided to take some distance from each other today.
But we will always be family, and we will support each other in everything. Because there are two children involved who need a lot of love from us.
I know the person Enzo is and… pic.twitter.com/KrCr1VZZ45
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) October 31, 2024
Selepas hanya separuh musim bersama kelab Portugal itu dia dipancing pula oleh Chelsea yang membelinya dengan harga £100 juta. Enzo mendapat gaji asas £350 ribu seminggu di kelab itu.
Di Instagram, setakat ini Enzi dilaporkan masih membiarkan beberapa keping gambar dia dengan isterinya diletakkan di situ. Namun ramai netizen mulai mengecam Enzo sebagai suami yang teruk dan tidak mengenang budi walaupun Cervantes berharap mereka jangan mengecam bekas suaminya itu.
Ada juga yang mengecam Enzo sebagai ‘sampah’ sanggup tinggalkan keluarganya demi untuk hidup berfoya foya.
Cervantes kini sedang mempersiapkan diri untuk pulang ke Buenos Aires dan difahamkan akan membawa sekali anak anak mereka. Pasangan tersebut masih perlu menjalani prosiding perceraian mereka.
Enzo sejak akhir akhir ini kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Chelsea di bawah Enzo Maresca di mana pengurus itu kerap memilih Moises Caicedo dan Romeo Lavia.
Beberapa bulan lalu Enzo juga terpalit kontroversi kerana membuat isyarat rasis ke atas pemain Perancis selepas kejayaan menjuarai Copa America 2024.