Enzo Fernandez Minta Maaf Dan Akui Lagu Itu Memang Rasis Sangat

Enzo Fernandez tampil membuat permohonan maaf secara rasmi di akaun Instagramnya. Ianya berikutan kritikan yang dia terima selepas video berbaur rasis ke atas pemain pemain Perancis yang berkulit hitam.

Enzo akui khilaf dan akui lirik lagu yang mereka nyanyikan memang rasis, tidak perlu nak cari alasan. Tetapi Enzo menegaskan lirik tersebut tidak menggambarkan prinsip dan pendiriannya secara peribadi.

Dia cuma terlalu teruja meraikan kejayaan menjulang Copa America 2024 sehingga gagal untuk bertindak rasional.

Akibat daripada video itu dilaporkan pemain pemain Chelsea dari Perancis benar benar kecewa dengan Enzo Fernandez dan beberapa rakannya telah menyahikut pemain itu dari Instagram. Seorang lagi rakan sepasukan Enzo di Chslsea, Fofana dengan terbuka mengkritik Enzo Fernandez sebagai menggalakkan lagi rasisme.

Persatuan Bola Sepak Perancis / FFF telah mengeluarkan kenyataan mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan. FFF kecewa dengan tindakan pemain pemain Argentina yang dianggap tidak boleh diterima dan mengecewakan.

Enzo Fernandez akhirnya tampil membuat permohonan maaf dengan berkata: “Saya nak meminta maaf seikhlasnya berkaitan video di saluran Instagram ketika keraian pasukan pasukan kebangsaan.

“Lagu itu mengandungi bahasa yang sangat ofensif dan memang tiada alasan untuk ayat ayat tersebut,

“Saya berdiri menentang segala bentuk diskriminasi dan meminta maaf kerana terbuai buai hanyut dalam euforia keraian Copa America kami.

“Video itu, momen itu, kata kata tersebut, tidak menggambarkan kepercayaan dan karakter saya. Saya benar benar meminta maaf.”