Enzo Fernandez Muat Video Pemain Argentina Nyanyi Chant Rasis Ke Atas Perancis

Pemain pemain Argentina dikecam kerana meraikan kejayaan Copa America dengan chant berbaur rasis.

Di mana lagu tersebut pernah mereka gunakan untuk mengejek Perancis seleapas mereka menang ke atas negara tersebut dalam Piala Dunia 2022.

Video tersebut dimuat naik oleh Enzo Fernandez di akaun Instagram miliknya. Dan ianya mengundang pelbagai reaksi.

Lagu itu daripada peminat mereka dan didendangkan oleh pemain. Liriknya berbunyi: “Mereka bermain di Perancis sedangkan mereka semua dari Angola.”

Sindiran itu ditujukan kepada pemain pemain Perancis yang banyak berketurunan Afrika pada ketika ini.

Lantas peminat mengecam pemain pemain Argentina sebagai rasis. Dan salah seorang peminat Perancis mengingatkan pemain pemain Argentina bahawa kesemua pemain berdarah Afrika yang bermain untuk Perancis adalah lahir di Perancis.

Seorang lagi berkata: “Patutlah Argentina tiada langsung orang kulit hitam dalam pasukan seperti Brazil atau negara lain di Amerika Selatan. Sebab mereka rasis.”

Kemudian peminat yang lain berkata: “Enzo Fernandez tak apa, lepas ni kamu akan jumpa ramai rakan kamu dari Perancis di Chelsea.”

Ada juga yang mempertahankan chant itu sebagai sekadar banter: “Itu cuma banter, dan memang betul pun Perancis penuh dengan pemain dari Afrika.”

Ini bukan kali pertama Argentina mengejek Perancis selepas mereka menang. Sebelum ini mereka mengejek Kylian Mbappe dalam pesta keraian bas dua tingkat mereka di Buenos Aires.

Argentina meraikan Copa America 2024 setelah menewaskan Colombia di pentas final dengan jaringan tunggal oleh Lautaro Martinez.

Messi terus menambah koleksi piala dalam kariernya terutama sekali bersama Argentina. Argentina akan berdepan dengan Sepanyol dalam aksi Finalissima selepas ini.