Enzo Fernandez Terus Dilanda Kontroversi Lagu Ejek Perancis

Enzo Fernandez terlibat dalam satu lagi kontroversi berkaitan dengan lagu yang dianggap rasis yang dia muat naik dalam Instagramnya.

Sebelum ini Enzo sudah membuat permohonan maaf secar rasmi bahawa dia sedar lirik lagu itu rasis. Namun Enzo menafikan dia seorang yang rasis. Dia cuma terbuai buai hanyut dalam euforia keraian kejuaraan Copa America.

Enzo berkata: “Saya ingin memohon maaf seikhlas hati atas video yang disiarkan di saluran Instagram saya semasa sambutan pasukan kebangsaan.

“Lagu itu termasuk bahasa yang sangat menyinggung perasaan dan tidak ada alasan sama sekali untuk kata-kata ini. Saya menentang diskriminasi dalam semua bentuk dan memohon maaf kerana terperangkap dalam euforia sambutan Copa America kami.

“Video itu, saat itu, kata-kata itu, tidak mencerminkan kepercayaan saya atau watak saya. Saya benar-benar minta maaf.”

Lagu itu dianggap mengejek pemain kulit hitam di Perancis. Apabila liriknya berbunyi: “Mereka bermain untuk Perancis, tetapi ibu bapa mereka dari Angola. Ibu mereka dari Cameroon, manakala bapa mereka dari Nigeria. Tetapi pasport mereka berkata bangsa Perancis.”

Rakan sepasukan Fernandez, Wesley Fofana mengkritik pemain itu di media sosial sambil menyatakan perasaannya dengan jelas ketika Chelsea melancarkan siasatan dalaman terhadap insiden itu.

Menjelang kepulangannya kembali ke England untuk memulakan pramusim, pemain berusia 23 tahun itu membuat penampilan di Argentina untuk memperingati kejayaan Copa America pasukan kebangsaan.

Dia kembali ke bekas pasukannya River Plate, di mana peminat telah meraikannya dengan nyanyian perkauman yang sama yang dia nyanyikan di dalam bas pasukan.

Sebuah video menunjukkan peminat menyanyikan lagu perkauman di dalam El Monumental semasa perlawanan mereka menentang Lanus.

Ketika kontroversi nyanyian yang dinyanyikan oleh Enzo Fernandez dan pemain Argentina yang lain menentang pemain Perancis berterusan dan masih disiasat oleh Chelsea dan UEFA, peminat River Plate (kelab zaman kanak-kanak Enzo) kini menyanyikannya di laman sendiri El Monumental semasa perlawanan menentang Lanus.

Enzo Fernandez yang sebelum ini menyatakan dia sama sekali tidak setuju dengan lagu tersebut dan sudah meminta maaf di atas kelakuannya pastinya akan diminta memberikan komen tentang perkara itu.

Fernandez, merupakan graduan lulusan dari akademi remaja River Plate, membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan untuk The Blues musim lalu.

Dia akan bergabung semula dengan rakan sekerja kelabnya sebaik sahaja cuti musim panasnya tamat.