Enzo Maresca Hanya Fokus 21 Pemain, Dan Tak Peduli Kalau Pemain Sign Kontrak 20 Tahun Sekalipun

Enzo Maresca menegaskan  bahawa dia tidak akan bekerja dengan 42 pemain pasukan utama Chelsea yang berada dalam pasukan ketika ini. Sebaliknya dia hanya bekerja dengan kumpulan kecil 21 pemain sahaja.

Dan selebihnya, berlatih berasingan dengan satu lagi kumpulan. Seterusnya Enzo Maresca juga bengang dengan soalan wartawan yang tidak habis habis bertanya tentang kontrak pemain Chelsea yang terlalu panjang.

Di mana baru baru ini laporan menunjukkan Chelsea memiliki baki kontrak pemain terkumpul sebanyak 191 tahun jika semuanya dicampur.

Enzo Maresca memberitahu itu bukan masalah untuk dia fikirkan kerana pemain boleh menandatangani kontrak 20 tahun sekalipun bersama Chelsea. Fokus utama beliau sekarang adalah pembentukan pasukan dan taktikal.

Dia sudah tidak tahan dengan ejekan dan sindiran sesetengah pihak yang suka menggambarkan Chelsea sebagai tengah bercelaru dan pemain terlalu ramai di pusat latihan.

Menurut Maresca, segalanya baik baik sahaja di Chelsea. Kerana mereka ada sistem pengurusan pemain yang efisien dengan mengecilkan skop pemain pemain elit dalam skuad itu.

Dia berkata: “Saya tak bekerja untuk dengan kesemua 42 pemain kami. Saya hanya bekerja dengan 21 orang pemain. Selebihnya, 15 ke 20 orang lagi pemain berlatih berasingan. Saya tak jumpa mereka pun.

“Tidak ada apa apa yang huru hara pun di dalam ini seperti yang digambarkan dari luaran sana.

“Untuk kontrak pemain, mereka boleh menandatangani kontrak 20 tahun sekalipun, itu bukan isu saya. Kerana saya tak kisah pun tentangnya.”

Maresca kemudian menyatakan bahawa Chelsea masih lagi aktif di pasaran  perpindahan, sama ada pemain masuk atau pemain akan keluar. Dan dia menegaskan bahawa urusan jual beli pemain adalah bukan urusannya. Dia menyerahkan perkara itu kepada jabatan rekrut pemain di Stamford Bridge.

“Ada perkara yang masih boleh berlaku dari segi pembelian atau penjualan pemain. Kita akan tengok nanti. Ini bukan urusan saya untuk memikirkan soal kontrak. Saya tak kisah kerana saya di sini untuk membuat keputusan yang tepat untuk pasukan,” tegas pengurus itu.

Maresca jelas seorang yang sangat tegas. Sebelum ini dia menjawab tentang kenapa dia menyisihkan Raheem Sterling daripada skuad minggu pertama EPL menentang Man City. Sedangkan pemain itu mendakwa dia sangat cemerlang pada pra musim dan menjangkakan akan terlibat dalam aksi pertama melawan City.

Sterling malah meminta penjelasan daripada Maresa tentang perkara itu. Enzo Maresca menegaskan bahawa dia menyisihkan Raheem Sterling atas faktor teknikal. Dan dia sudah dibayar untuk membuat keputusan seperti itu.

“Ianya kerana isu teknikal, itu sahaja. Sebagai pengurus, saya memang dibayar untuk membuat keputusan seperti ini, walaupun kadangkala ada pemain yang tidak gembira,” tegas Enzo Maresca yang tidak tunduk dengan kuasa pemain.

Maresca sebelum ini mencadangkan pemain seperti Ben Chilwell untuk mencari kelab baharu. Kerana itu adalah lebih baik untuk pemain itu dan kelab. Kerana pilihan utama di posisi bek kiri adalah Marc Cucurella. Chelsea yang sarat dengan pemain telah mendapatkan Joao Felix. Namun pemain itu masuk ketika Conor Gallagher pergi ke arah bertentangan.

Ini adalah musim pertama Enzo Maresca bersama dengan Chelsea. Dia pastinya sedar akan tuntutan tinggi kelab itu. Minggu lalu, Todd Boehly dilihat meninggalkan kerusinya di stadium setelah Chelsea ketinggalan 0-2 di tangan Man City.

Itu adalah gambaran betapa tekanan di Chelsea adalah sangat berbeza dengan tempat lain. Terutama sekali dia sebagai pengurus baharu.