Enzo Maresca dilaporkan sedia untuk melantik Enzo Fernandez sebagai timbalan kapten baharu Chelsea walaupun pemain itu terlibat kontroversi video nyanyian berbaur rasis ke atas pasukan Perancis.
Enzo Fernandez sudah kembali semula ke dalam skuad Chelsea. Dan dia sudah meminta maaf di media sosial dan meminta maaf secara terbuka kepada rakan rakannya di Chelsea.
Ini selepas pemain seperti Wesley Fofana dengan terbuka mengecam tindakan Enzo sebelum ini yang dianggap menyemarakkan api perkauman.
Enzo sudah menjelaskan bahawa lagu itu tidak menggambarkan pendiriannya. Kerana dia cuma suka suka menyanyi dalam keadaan terbuai buai dengan rasa teruja menjuarai Copa America.
Enzo sedia untuk bertanggungjawab di atas tindakannya. Sambil menyatakan bahawa dia bukan seorang yang rasis.
Enzo akui khilaf dan akui lirik lagu yang mereka nyanyikan memang rasis, tidak perlu nak cari alasan. Tetapi Enzo menegaskan lirik tersebut tidak menggambarkan prinsip dan pendiriannya secara peribadi.
Dia cuma terlalu teruja meraikan kejayaan menjulang Copa America 2024 sehingga gagal untuk bertindak rasional.
Enzo Maresca appears to confirm Enzo Fernandez as a vice-captain despite the Argentine being at the centre of a racism storm that threatened to tear apart the Chelsea dressing room https://t.co/hWqGosd1is
— Mail Sport (@MailSport) August 7, 2024
Akibat daripada video itu dilaporkan pemain pemain Chelsea dari Perancis benar benar kecewa dengan Enzo Fernandez dan beberapa rakannya telah menyahikut pemain itu dari Instagram. Seorang lagi rakan sepasukan Enzo di Chslsea, Fofana dengan terbuka mengkritik Enzo Fernandez sebagai menggalakkan lagi rasisme.
Persatuan Bola Sepak Perancis / FFF telah mengeluarkan kenyataan mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan. FFF kecewa dengan tindakan pemain pemain Argentina yang dianggap tidak boleh diterima dan mengecewakan.
Enzo Fernandez akhirnya tampil membuat permohonan maaf dengan berkata: “Saya nak meminta maaf seikhlasnya berkaitan video di saluran Instagram ketika keraian pasukan pasukan kebangsaan.
“Lagu itu mengandungi bahasa yang sangat ofensif dan memang tiada alasan untuk ayat ayat tersebut,
“Saya berdiri menentang segala bentuk diskriminasi dan meminta maaf kerana terbuai buai hanyut dalam euforia keraian Copa America kami.
“Video itu, momen itu, kata kata tersebut, tidak menggambarkan kepercayaan dan karakter saya. Saya benar benar meminta maaf.”
Chelsea kemudian melancarkan siasatan ke atas pemain itu. Dan akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman. Chelsea berpuas hati dengan tindakan Enzo Fernandez yang terus meminta maaf di atas kelakuannya.
Pada masa yang sama, kelab akan mengenakan tindakan ke atas Enzo. Pemain itu dilaporkan perlu terlibat dalam beberapa program kelab yang melibatkan meraikan kepelbagaian dan diversiti yang menjadi pegangan utama kelab itu.
Dilaporkan pemain pemain Perancis di Chelsea benar benar marah dengan Enzo Fernandez namun keadaan sudah semakin membaik. Mereka tahu Enzo Fernandez bukan seorang yang rasis cuma kecewa dengan tindakan pemain itu.
Selepas beberapa minggu kontroversi tersebut, kini Enzo Fernandez berada dalam senarai untuk menjadi timbalan kapten Chelsea yang baharu.
Kapten utama Chelsea ketika ini adalah Reece James. Dan Enzo Maresca mahu menjadikan Enzo Fernandez sebagai kapten kedua kelab itu.
Pemain tersebut dianggap sesuai menjadi timbalan kapten kerana ciri ciri kepimpinan yang ada padanya. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang berkelas dunia berada di Chelsea.
Dia menjadi salah seorang pemain sebagai teras dalam projek Chelsea selain daripada Mudryk dan Caicedo. Mereka adalah antara nama yang diletakkan dalam senarai ‘untouchable’ dan tidak boleh dijual oleh pengurus.
Ini selepas Chelsea membelanjakan wang yang tinggi untuk ketiga tiga mereka. Enzo Fernandez adalah pemain yang beraksi di tengah dan memiliki semangat juang serta tenaga yang luar biasa setiap kali bermain di atas padang.