EPL: 2 Saves Kelas Dunia Ramsdale Pastikan Arsenal Bawa Pulang 1 Mata

Arteta berkunjung ke Anfield, dalam usaha mereka mahu melebarkan semula jurang mata kepada 8 mata sekali lagi.

Mikel Arteta menurunkan kesebelasan yang kuat di Anfield.

Arsenal seringkali hadir ke Anfield sebagai pasukan bukan pilihan. Namun kali ini ianya berbeza. Mereka adalah pasukan pilihan.

Dan Gabriel Martinelli meletakkan pelawat di hadapan seawal minit ke-8. Ianya adalah gol ke-25 Martinelli dalam EPL.

Arsenal banyak memberikan masalah kepada Liverpool menerusi high pressing mereka.

Liverpool akhirnya bolos lagi pada minit ke-28. Kali ini gol Arsenal adalah menerusi Gabriel Jesus.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 memihak kepada pasukan pelawat.

Tetapi Arsenal akhirnya dihukum pada lewat separuh masa kedua. Apabila Mohamed Salah menjaringkan gol yang merapatkan jurang gol untuk Liverpool pada minit ke-42.

Inilah kali pertama Arsenal mendahului 2 gol di Anfield sejak 2012.

Pada separuh masa kedua, Liverpool bermain lebih baik.

Dan akhirnya diberikan sepakan penalti. Tetapi Mo Salah mempersia siakan peluang untuk menyamakan kedudukan dari titik penalti itu.

Arsenal mendapat beberapa peluang keemasan. Antaranya menerusi hantaran lintan Martinelli yang hampir sampai ke kaki rakannya. Namun dihadang Robertson.

Liverpool turut memiliki peluang terbaik menerusi Darwin Nunez daripada situasi 1 lawan 1 tetapi diselamatkan oleh Aaron Ramsdale.

Arsenal memiliki peluang gol lagi daripada sepakan penjuru. Malangnya tandukan Gabriel Maghalhaes terus ke dakapan Alisson.

Beberapa minit selepas itu, pada minit ke-87, pemain gantian, Roberto Firmino menanduk masuk hantaran lintang kemas Trent Alexander Arnold dan menjadikan kedudukan 2-2.

Firmino terus menjadikan Arsenal sebagai lawan yang dia sukai. Dengan rekod golnya yang cemerlang.

Pada masa kecederaan Liverpool mendapat 3 peluang keemasan untuk memenangi perlawanan. Mo Salah melakukan first time shot tersasar.

Dan kemudian Ramsdale menggila melakukan 2 saves menafikan lencongan Salah yang terbias.

Dan kemudian menafikan dadaan Konate dari jarak dekat.

Tamat perlawanan Arsenal 2 Liverpool 2.