Liverpool turun berhadapan dengan musuh keramat, Manchester United dalam aksi EPL minggu ke-23. Namun untuk Liverpool ini adalah aksi perlawanan ke-22.
Liverpool berpotensi menjarakkan mata kepada 16 mata jika menang selepas Leicester dan Manchester City keciciran mata dalam aksi lebih awal.
Manchester City seri 2-2 dengan Crystal Palace Selepas kebangkitan 2 gol Aguero dinafikan oleh jaringan sendiri Fernandinho.
Seterusnya, Leicester dikejutkan oleh Burnley dengan kekalahan 1-2.
Klopp menurunkan kesebelasan terbaik beliau untuk perlawanan ini. Dua pemain iaitu Joel Matip dan Fabinho kembali semula ke dalam pasukan utama, berada di bangku simpanan.
🔴 TEAM NEWS 🔴
Our line-up to face @ManUtd 👊
— Liverpool FC (@LFC) January 19, 2020
Manchester United tampil dengan kesebelasan lebih defensif. Rashford tidak dapat bermain dalam aksi ini.
🚨 TEAM NEWS 🚨
Here's your #MUFC starting XI for #LIVMUN…
— Manchester United (@ManUtd) January 19, 2020
Awal perlawanan agak seimbang. Dengan kedua dua pasukan melancarkan beberapa serangan awal ke arah pasukan lawan.
Liverpool menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Virgil Van Dijk pada minit ke-14. Satu tandukan kemas hasil sepakan penjuru.
8 – Virgil van Dijk has scored eight Premier League goals for Liverpool since joining in January 2018, the most of any centre-back. Mountain. #LIVMUN pic.twitter.com/58tgIlhiof
— OptaJoe (@OptaJoe) January 19, 2020
Van Dijk dengan muda menewaskan Brandon Williams.
Tidak lama selepas itu, Roberto Firmino menjaringkan satu lagi gol. Namun ianya dibatalkan oleh VAR.
Liverpool terus mendominasi perlawanan. Namun sukar untuk mencipta peluang gol dengan struktur pertahanan United yang kompak.
Wijnaldum memecahkan benteng pertahanan United dan merembat kemas masuk. Namun gol dibatalkan kerana ofsaid.
Manchester United tanpa sebarang shot sepanjang 35 minit pertama.
Shot pertama Man United hadir pada minit ke-39 menerusi Anthony Martial. Ianya percubaan tersasar.
Peluang terbaik United hadir pada minit ke-40. Namun Andreas Pereira gagal menolak bola depan mata. Hanya beliau dan gol.
Pada minit ke-44, De Gea menafikan percubaan jarak dekat Sadio Mane dengan kepakaran beliau iaitu dengan kakinya.
45' – SO CLOSE! Nice pass from Salah to Mane, who takes the ball on his left foot but his strong drive is turned behind for a corner. United clear.
[1-0]#LIVMUN pic.twitter.com/2vqqFXxxqk
— Liverpool FC (@LFC) January 19, 2020
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah.
Bersambung babak kedua perlawanan, Liverpool mendapat dua peluang gol terbaik. Mo Salah misskick peluang terbuka.
Jordan Henderson pula melakukan rembatan yang ditepis De Gea dengan fingertips save.
49' – POST! Henderson's brilliant effort from distance is tipped onto the post by De Gea.
[1-0]#LIVMUN pic.twitter.com/A8Y2iflEZe
— Liverpool FC (@LFC) January 19, 2020
Pada Minit ke-58, Manchester United mendapat peluang keemasan namun rembatan beliau melangit.
Sadio Mane mendapat peluang keemasan sekali lagi. Namun tak pasti dia nak tolak ke gawang ataupun tolak kepada Salah. Satu lagi peluang gol dipersiakan.
Fred melakukan rembatan deras yang berjaya ditepis oleh Alisson.
Liverpool merencana gerakan cantik, dengan Mane melakukan backheel kepada Firmino. Namun penyerang Brazil itu tak merembat terus dengan kaki kirinya. Peluang dipersiakan.
Baki 8 minit perlawanan, Klopp memasukkan Origi dan Fabinho.
Fabinho kembali semula beraksi selepas lama berehat kerana kecederaan.
Mohamed Salah melakukan pecutan pada masa kecederaan selepas menerima hantaran bijak Alisson.
Kemenangan ini meletakkan Liverpool kini 16 mata di atas Leicester dan 17 mata daripada City.
Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah di dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Dan sudah 39 perlawanan liga tanpa kalah.
Perlawanan seterusnya, Liverpool akan berhadapan dengan Wolves. Sementara itu Manchester United akan berhadapan dengan Burnley.
Rumusan ringkas
Perlawanan ini menyaksikan Liverpool gagal untuk mendapatkan gol kedua dengan deretan peluang mereka ada. Maksud aku terlalu banyak pembaziran.
Ini telah membuatkan Manchester United terus hidup di dalam perlawanan ini sepanjang 90 minit.
United memiliki beberapa momen terbaik mereka yang tersendiri. Namun ketumpulan United juga menjadi sebab mereka gagal memberikan tekanan kepada Liverpool.
Jika United mendapat satu gol pastinya Liverpool sangat tertekan kerana mereka dominan namun gagal mematikan perlawanan.
Liverpool ada beberapa siri serangan balas namun gagal menyudahkannya.
Salah akhirnya berjaya membunuh perlawanan lewat menerusi gol masa kecederaan oleh Mo Salah.
Enjoy the view:
Liverpool XI: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Henderson, Wijnaldum, Oxlade-Chamberlain, Salah, Mane, Firmino.
Subs: Adrian, Fabinho, Minamino, Lallana, Origi, Matip, Jones.
Man Utd XI: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Fred, Matic, James, Pereira, Williams, Martial.
Subs: Romero, Bailly, Jones, Mata, Lingard, Dalot, Greenwood.