EPL Ala Piala Dunia, Ada Live Setiap Hari

Independent melaporkan, Liga Perdana Inggeris mungkin akan dianjurkan seperti kejohanan Piala Dunia.

20 pasukan akan dibahagikan kepada kem yang diasingkan. Ini untuk memastikan musim 2019/20 ini ditamatkan dengan sebaiknya.

Jika sebelum ini The Athletics melaporkan bahawa semakin ramai pengerusi kelab yang meminta agar musim ini dibatalkan.

Tetapi impak daripada pembatalan liga adalah besar. Di mana, EPL akan menanggung kerugian sangat besar.

Pembatalan musim ini bermakna EPL akan terpaksa membayar ganti rugi sekitar £750 hanya untuk penyiaran sahaja.

Namun mereka merasakan musim ini patut dibatalkan kerana mengambil kira isu pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dan di UK, wabak koronavirus semakin meningkat.

Perkara itu sebelum ini pernah dicetuskan oleh Naib Pengerusi West Ham United, Karen Brady, di mana beliau meminta musim ini dibatalkan.

Namun sebelum ini, majoriti pengerusi yang lain menentang cadangan itu.

Mereka menganggap Brady sebagai cuba untuk menyelamatkan kelabnya sendiri daripada penyingkiran.

West Ham United hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan daripada zon penyingkiran.

Ada beberapa kelab besar masih berebut untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Sheffield United turut membantah cadangan ini kerana mereka merasakan ada peluang untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Rooney: Bagi Liverpool je piala tu, lepas tu fikirkan benda lain

Wayne Rooney dalam tulisannya baru baru ini merasakan, pembatalan liga bukan masalah untuk Liverpool menjadi juara.

Kerana menurut beliau, kedudukan semasa jurang mata Liverpool melayakkan mereka disahkan menjadi juara.

Namun masalah terbesar untuk EPL sekarang ini adalah untuk menentukan tempat ke Eropah dan juga penyingkiran.

Ada cadangan yang mahukan musim ini dipendekkan dengan tiada penyingkiran. Namun ditambah dengan 2 pasukan teratas daripada Liga Championship.

Ini bermakna EPL akan ada 22 pasukan musim hadapan yang akan bersaing.

Pada ketika ini EPL masih lagi digantung sementara kerana wabak covid-19 yang melanda Eropah dan sudah masuk ke UK.

Pada awalnya liga hanya digantung sehingga 31 Mac 2020. Namun keadaan meruncing membuatkan liga terpaksa ditunda sekali lagi ke sekurang-kurangnya 30 April 2020.

UEFA mahu musim ditamatkan

UEFA sudah menyatakan meminta agar kesemua liga di Eropah mencari cara untuk menamatkan musim mereka pada musim ini.

Ceferin menegaskan, pembatalan musim bukan perkara yang berada di dalam perhatian mereka pada ketika ini walaupun kejohanan EURO 2020 terpaksa dianjakkan ke tahun hadapan.

Apa yang pasti liga musim ini pasti akan ditamatkan lebih lewat daripada sepatutnya selepas bersambung semula kelak.

Idea ala Piala Dunia

Berdasarkan laporan oleh Independent, ada dua tempat yang akan menjadi kem kepada pertandingan ini iaitu London dan Midlands.

Semua perlawanan mungkin akan berlangsung dalam stadium kosong. Tetapi perkara itu masih lagi dalam pertimbangan.

EPL menjanjikan kesemua perlawanan ditayangkan secara langsung. Ia akan menjadi seperti satu acara mega.

EPL akan memastikan tempat penganjuran adalah bebas daripada wabak.

Sebagai tambahan, masih ada baki 92 perlawanan EPL lagi yang masih tertangguh. Boleh dikatakan setiap hari akan ada siaran langsung EPL, jika idea ini diteruskan.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.