EPL: Arsenal Kalah, Man City Rasmi Walaupun Belum Tendang Bola

Manchester City memenangi Liga Perdana buat kali kelima dalam enam musim selepas pasukan tangga kedua Arsenal tewas 1-0 di Nottingham Forest pada hari Sabtu.

Kekalahan kedua berturut-turut untuk The Gunners menyebabkan anak buah Mikel Arteta masih ketinggalan empat mata di belakang City dengan satu perlawanan berbaki untuk mereka bermain.

Gol kemenangan Taiwo Awoniyi juga mempunyai kesan besar di bahagian bawah carta kerana Forest kini selamat daripada penyingkiran pada musim pertama mereka kembali ke liga utama selama 23 tahun.

Kemenangan gelaran kejuaraan liga City boleh menjadi permulaan kepada treble apabila anak buah Pep Guardiola menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA dan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara bulan depan.

Arsenal berada di atas juara bertahan hampir sepanjang perjalanan tetapi mulai jatuh pada bulan-bulan terakhir yang menentukan musim ini.

Mereka hanya memenangi dua daripada lapan perlawanan terakhir mereka untuk membolehkan City melepasi garisan dengan baki tiga perlawanan.

Para pelawat jarang kelihatan seperti akan menjaringkan gol ketika suasana riuh rendah di City Ground menjerit agar Forest kekal bertahan.

Keputusan Arteta untuk menamakan empat pemain di pertahanan tanpa sebarang bek sayap dianggap memakan diri pada 20 minit pertama.

Forest sebelum ini hanya memenangi hanya satu daripada 11 perlawanan liga pembukaan mereka.

Bintang harapan Forest, Awoniyi menjaringkan gol kelimanya dalam tiga perlawanan ke atas Aaron Ramsdale.

Forest kemudiannya gembira untuk kekal berkampung di bawah dan mempertahankan pendahuluan mereka, berdepan Arsenal yang luar biasa musim ini.

Rembatan kurang deras Bukayo Saka yang mudah diselamatkan oleh Keylor Navas adalah yang paling hampir mereka datang ke gol penyamaan.

Skuad Arteta adalah yang kedua termuda dalam Liga Perdana dan mereka kehabisan tenaga sepertimana City telah mencapai gear kelajuan tertinggi.

Forest memastikan 3 mata penting milik mereka. Dengan Arsenal akhirnya β€˜menyerahkan’ EPL kepada City.

Arsenal menjadi pasukan paling lama kekal di puncak liga, namun tidak memenanginya.

Β 

Juara yang baru dinobatkan itu tidak tewas dalam 23 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk membelasah Arsenal 4-1 ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pertembungan teratas bulan lalu.

Saksikan detik pemain pemain City meraikan kekalahan Arsenal dan meraikan kejuaraan EPL ketiga berturut turut buat mereka:

Tahniah kepada Man City di atas kejayaan meraih EPL musim 2022/23. Skuad Pep Guardiola itu kini boleh mengambil peluang merehatkan pemain mereka pada baki perlawanan mereka ada untuk fokus kepada 2 final lagi iaitu UCL dan Piala FA.

Adakah Man City akan menamatkan musim ini sebagai juara treble? Sekaligus menyamai rekod Manchester United pada 1999?