EPL: Arsenal Keciciran Mata Lagi, Guardiola Lebarkan Rekod Cemerlang vs The Gunners

Arsenal nampaknya terus keciciran mata. Pada satu ketika mereka mendahului Man City dengan 8 mata. Namun skuad bimbingan Mikel Arteta sudah tak menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Seri dengan Liverpool dan West Ham walaupun mendahului 2 gol. Kemudian diikat oleh Southampton 3-3.

Kini di Etihad mereka kalah 4-1 pula.

Kevin De Bruyne dan Erling Haaland menjadi pemusnah utama Arsenal.

Di mana kedua dua pemain memiliki gol dan assist masing masing masing.

De Bruyne membuka tirai jaringan pada minit ke-7. Dan kemudian sebelum rehat John Stones menanduk masuk bola.

Pada separuh masa kedua De Bruyne menyempurnakan hantaran Erling Haaland pada minit ke-54.

Arsenal sempat membalas menerusi gol Rob Holding hasil ciptaan Trossard.

Namun Erling Haaland memastikan dia berada dalam senarai penjaring dengan mencetak gol keempat buat Man City.

Man City kini hanya 2 mata di belakang Arsenal selepas kemenangan tersebut. Dan masih ada baki 2 perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal.

Pep Guadiola sudah menang 20 kali ke atas Arsenal di dalam kariernya.

Dia juga mencatatkan rekod kemenangan ke-12 berturut turut ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu Kevin De Bruyne turut menjadikan Arsenal sebagai pasukan yang dia sukai untuk ditentang.

Arsenal kini menjadi pasukan EPL paling banyak ditembusi oleh De Bruyne secara peribadi.

Sebelum perlawanan Mikel Arteta menyatakan perlawanan ini tidak menentukan apa apa.  Mereka masih ada baki beberapa perlawanan lagi untuk menentukan siapakah juara Liga Perdana Inggeris sebenar.

Pep Guardiola turut menyatakan bahawa realitinya pasukan Man City masih 2 mata di belakang Arsenal. Dia tidak mahu para pemainnya terleka dan mengorak langkah demi langkah.