EPL: Arsenal Terus Di Persada Liga Selepas Menawan London Utara

Arsenal kekal di puncak liga apabila mencipta satu lagi kemenangan berharga. Kali ini adalah Kemenangan dalam Derbi London Utara ke atas Tottenham Hotspur.

Kemenangan yang mengesahkan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris untuk seminggu lagi, tidak kira apa yang berlaku dalam aksi Derbi Manchester selepas ini.

Bertempat di Emirates, Arsenal bermain dengan cukup bersemangat dan bertenaga. Mereka membawa momentum yang cemerlang daripada aksi sebelum rehat antarabangsa.

Arsenal di hadapan menerusi Thomas Partey pada minit ke-20. Bermula daripada aksi permainan kombinasi sempurna, Partey melakukan rembatan daripada luar kotak penalti yang menjunam masuk.

Partey menamatkan rekod buruk sepakan dari luar kotak penaltinya.

Spurs kemudian cuba memperbaiki corak permainan mereka. Arsenal mempersia siakan beberapa siri gerakan bahaya. Akhirnya mereka memberikan penalti kepada Spurs.

Ianya selepas Gabriel Maghalhaes mengasari Richarlison di dalam kotak penalti.

Harry Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-31 untuk memastikan kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Gabriel Jesus kembali meletakkan Arsenal di hadapan. Kali ini kesilapan Hugo Lloris terlalu tinggi kosnya untuk dibayar. Dan Jesus dengan cemerlang melakukan susulan yang menerjah gawang.

Keadaan bertukar dari teruk kepada lebih buruk buat Spurs apabila Emerson Royal dilayangkan kad merah.

Beraksi dengan 10 pemain, Spurs cuma mampu berharap keadaan tidak menjadi lebih teruk.

Tetapi tidak lama kemudian Granit Xhaka menjadikan kedudukan 3-1 buat Arsenal. Kredit kepada Xhaka kerana pemposisian dia yang sangat baik.

Tamat perlawanan, Arsenal 3 Tottenham Hotspur 1, dengan Arsenal kekal di puncak liga, walau apa yang berlaku dalam perlawanan lain pada minggu ini.

Arsenal kini sudah memberikan amaran jelas bahawa mereka adalah pesaing kejuaraan liga yang sebenar!

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan