Pasukan yang baru sahaja dimahkotakan juara dunia kelab, Liverpool FC sebelum ini sudah memohon untuk memakai badge emas dalam aksi liga.
EPL melarang sebarang lencana khas yang tidak mematuhi standard ditetapkan.
Liverpool hanya boleh menggunakan badge tersebut dalam aksi UCL dan di luar EPL.
Dalam kejohanan Piala seperti Piala FA, Liverpool perlu meminta kebenaran khas daripada pihak penganjur. Untuk Piala Carabao, Liverpool dah tersingkir.
Liverpool menjadi juara dunia kelab selepas menewaskan Flamengo dengan jaringan 1-0.
Gol kejuaraan Liverpool adalah menerusi Roberto Firmino pada minit ke-99 extra time.
Good morning, Reds 😁🏆 pic.twitter.com/kxckgEfdB4
— Liverpool FC (@LFC) December 22, 2019
Ini bermakna Liverpool FC akan menggunakan badge emas yang akan ditampal di dada baju, seperti mana pasukan lain sebelum ini.
Selepas kemenangan itu, Liverpool menjelaskan isu badge ini sebaik sahaja menjulang Piala Dunia Kelab.
Ini kenyataan yang aku kelepet daripada laman rasmi Liverpool:
Liverpool menakluk dunia bola sepak dan ini membuatkan kita dengan bangganya dianugerahkan lencana emas FIFA Champions Badge untuk tahun hadapan (2020).
Kemenangan ke atas Flamengo pada Sabtu menyaksikan The Reds julung kalinya menjulang Piala Dunia Kelab, lalu mendapat hak untuk menggunakan simbol berprestij itu tanda pencapaian gemilang.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini secara rasminya menerima penagugerahan badge bersaiz 78mm x 57mm.
UEFA akan membenarkan Liverpool memakai lencana itu di Liga Juara – Juara Eropah pada musim ini bermula tahun hadapan.
Namun lencana ini tidak dibenarkan untuk ditampal pada jersi Liga Perdana Inggeris.
Dalam Piala FA pula, jika kelab mahu memakai benda yang berbeza dengan jersi EPL, Liverpool perlu memohon secara rasmi untuk perkara tersebut.
Jurucakap FIFA sudah memberitahu Liverpoolfc.com: “Berdasarkan garis panduan penggunannya, pasukan yang menang Piala Dunia Kelab ini boleh memakai lencana FIFA World Champions, bermula dari hari mereka bergelar juara kejohanan sehinggalah edisi kejohanan ini yang seterusnya.”
FIFA memberitahu, hanya pasukan utama sahaja boleh menggunakan lencana ini.
“Ini bermakna, lencana FIFA World Champions tidak boleh dipakai di jersi lain termasuk jersi sebelum ini, jersi latihan, tracksuits, seluar latihan dan produk lain.”
Pada November lalu, Wijnaldum memberitahu Liverpoolfc.com bahawa lencana ini merupakan perkara yang menjadi idaman semua pemain di dalam pasukan Liverpool. Ini kerana ianya telah memberikan mereka motivasi.
“Apabila saya bercakap dengan rakan dan keluarga, mereka semua bercerita tentang lencana ini.”
“Ianya benda yang kau impikan, setiap kali korang tengok jersi yang ada lencana ini, ia mengingatkan kamu bahawa kamu pernah menang Piala Dunia Kelab.”
Our conquering of world football will see us proudly possess the gold FIFA Champions Badge for the next year 😍
Full details 👇https://t.co/MjRUvZRUUn
— Liverpool FC (@LFC) December 21, 2019
Semalam EPL dilaporkan telah memberikan kebenaran kepada Liverpool untuk memakai lencana emas itu di dada jersi mereka dalam aksi liga.
Namun ianya hanya dibenarkan dalam 1 perlawanan sahaja iaitu menentang Wolves pada 29 Disember 2019. Aksi tersebut akan berlangsung di stadium keramat, Anfield.
Liverpool masih menunggu lencana itu daripada FIFA. Jadi, aksi menentang Wolves dianggap yang terbaik.
Liverpool have been granted permission by the Premier League to wear the Fifa golden badge for one game, the home fixture with Wolves on Dec 29 being the designated date. That is still dependant on Liverpool receiving the specially-designed kit in time. https://t.co/d9iCjWh90j
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) December 25, 2019
EPL memang pelik sikit. Mereka melarang penggunaan lencana FIFA ini. Sedangkan di liga lain, seperti Sepanyol dan Jerman, mereka boleh menggunakan lencana itu sepanjang musim tanda mereka adalah juara dunia.