Chelsea seharusnya menggunakan perlawanan menentang Fulham ini sebagai perlawanan untuk mereka bangkit selepas prestasi yang mengecewakan oleh mereka dalam beberapa perlawanan.
Jika mereka menang, pastinya ia akan memberikan sedikit motivasi kepada The Blues memandangkan ini adalah derbi London dan derbi utama mereka dalam EPL.
Namun itu tidak berlaku.
Chelsea malah menelan satu lagi kekalahan. Lebih perit di tangan musuh tradisi mereka Fulham. Tidak cukup dengan itu, gol pertama Fulham adalah menerusi bekas pemain Chelsea sendiri iaitu Willian!
Joao Felix yang baru ditandatangani secara pinjaman dari Atletico, telah menerima kad merah pada hari debutnya bersama Chelsea.
Secara adilnya, Joao Felix cemerlang ketika dia di atas padang. Memberikan impak dengan kelincahan dan visinya.
Willian meletakkan Fulham di hadapan pada minit ke-25. Menerusi satu cubaan lencong yang sedikit terbias pada kaki pertahanan Chelsea.
Willian menjadi bekas pemain Chelsea ke-26 yang menjaringkan gol berdepan kelab tersebut. Rekod paling banyak untuk sesebuah kelab ditembusi bekas pemain mereka.
26 – Willian is the 26th player to score against Chelsea in the Premier League after previously playing for them in the competition; Chelsea have now had the most such players score against them of any side in the competition. Haunt. pic.twitter.com/fwrjeJoKaO
— OptaJoe (@OptaJoe) January 12, 2023
Chelsea melakukan banyak sekali siri serangan. Namun ketumpulan jentera serangan mereka yang diketuai Kai Havertz benar benar mengecewakan mereka.
Chelsea malah mencipta peluang keemasan awal dalam perlawanan ini apabila Joao Felix melakukan nutmeg dan hantaran sempurna kepada Havertz. Tetapi penyudahnya menghampakan.
Selepas ketinggalan separuh masa pertama Chelsea menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi Kalidou Koulibaly.
Ketika Chelsea rancak menyerang, pemain lincah mereka Joao Felix dibuang pada minit ke-58 kerana bentesan bahaya ke atas lawan.
Kad merah terus itu bermakna Joao Felix akan terus bercuti sekali lagi selepas hanya 58 minit beraksi. Dia perlu menjalani penggantungan 3 perlawanan.
Joao Felix played for under Simeone for 3 years and never got a red card,
In his first game for Chelsea he is sent off 😭
pic.twitter.com/5ETQOdvoGo— Radman (@Radmanx23) January 12, 2023
Ada peminat yang berseloroh menyatakan Felix masih terbuai buai dengan gaya Simeone.
Red card for Joao Felix pic.twitter.com/Yul1t7nQu9
— God Dyer (@Dontfol0) January 12, 2023
Ini juga bermakna, sebulan daripada tempoh enam bulan dia di London akan dihabiskan di tempat duduk penyokong.
João Félix's game by numbers vs Fulham
76% passing accuracy
40 touches
6 duels won
6 shots
4 fouls won
4 shots on target
2 possession won
2 successful dribbles
1 chance created
1 red card
0.77xGHe will now have to serve a three match ban. 🤦♂️ pic.twitter.com/eLHa2YKxLe
— Squawka (@Squawka) January 12, 2023
Selain itu secara matematiknya, Chelsea rugi GBP2.5 juta kerana kad merah Felix ini. Hal ini kerana kelab itu membayar GBP10 juta untuk yuran pinjaman dan bayaran gaji GBP200k seminggu.
They’re paying £200k a week plus a £10m loan fee. That’s about £700k a game.
That red card means Chelsea will lose about £2.5m in cost whilst Felix sits out.
— JB™️ (@gunnerpunner) January 12, 2023
Fulham kemudian mendapat gol kemenangan menerusi Carlos Vinicius pada minit ke-73. Pertahanan yang longgar dan Kepa Arrizabalaga yang teragak agak dalam tindakannya membolehkan Carlos Vinicius mendapat peluang sangat mudah.
Chelsea cuba mencari gol penyamaan. Mereka melakukan 20 percubaan ke arah gol secar keseluruhannya. Dan 10 percubaan tepat.
Namun hanya satu yang masuk.
Dari segi penguasaan bola, perlawanan ini boleh dikatakan seimbang.
Chelsea akhirnya menerima padah kerana ketumpulan mereka.
Ini adalah kekalahan ketujuh Chelsea pada musim ini. Meletakkan Graham Potter benar benar dalam tekanan walaupun dia baru beberapa bulan menggalas tugasan di Chelsea.
Rekod cemerlang Chelsea ke atas Fulham lebur!
Unbeaten in 16 years against Fulham.
Only 1 loss in the last 43 years.
Graham Potter: *Hold my excuse* pic.twitter.com/DaTNR0QQIz
— Tom Levins (@TomLevins1) January 12, 2023
Chelsea kini sudah kalah dalam 6 daripada 8 perlawanan terkahir mereka dalam semua pertandingan. Rekod paling teruk sejak 1993 melibatkan 8 aksi terakhir.
6 – Chelsea have lost six of their last eight matches in all competitions (W1 D1), their most defeats over any eight-game period since December 1993. Torrid. pic.twitter.com/OznNODwu39
— OptaJoe (@OptaJoe) January 12, 2023