Manchester City bergerak selangkah lebih hampir untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menumpaskan Newcastle 5-0.
Kini kelihatan tiada apa yang dapat menghalang Man City daripada memenangi kejuaraan EPL musim ini.
Lebih lebih lagi mereka mengembalikan semula kelebihan jaringan yang lebih baik berbanding dengan Liverpool.
Skuad kendalian Pep Guardiola mengawal sebelum separuh masa di Stadium Etihad hasil jaringan Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.
Rodri mendapat gol ketiga City selepas rehat sebelum Phil Foden dan Sterling menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika mereka kembali ke puncak carta liga.
Newcastle dan City adalah derbi Pak Arab. Dua kelab terkaya di England bertemu. Namun kualiti jelas memihak City. Kerana Newcastle masih belum benar benar berbelanja dalam jendela perpindahan pemain.
Guardiola anggap final minggu ini dan sindir Liverpool
Liverpool sebelum ini mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Tottenham pada hari Sabtu.
Tetapi City kini unggul tiga mata daripada Liverpool, dengan baki tiga perlawanan untuk kedua-dua pasukan. Anak buah Guardiola mempunyai perbezaan gol empat lebih baik daripada The Reds.
Liverpool akan beraksi di Aston Villa pada hari Selasa, manakala City menuju ke Wolves 24 jam berikutnya.
Pep Guardiola menganggap aksi berdepan Wolves sebagai final sebenar mereka musim ini. Kerana ianya akan menentukan sama ada City akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kelebihan 3 mata ataupun dengan perbezaan jaringan.
Perjalanan City menentang Newcastle adalah respon yang sangat baik untuk pulih daripada penyingkiran separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyakitkan ketika menentang Real Madrid pada hari Rabu.
Real telah menjaringkan dua gol pada saat-saat akhir masa biasa sebelum menang dalam masa tambahan, membuatkan Guardiola megeluh menyatakan bahawa dia “tiada kata-kata untuk membantu” pemainnya mengatasi kekalahan itu.
Tetapi City boleh mengatasi kerisauan itu dengan peluang cerah memenangi gelaran Inggeris keempat dalam lima musim.
Pep Guardiola turut menyifatkan bahawa seluruh penduduk di England mahukan Liverpool menjadi juara termasuk media.
Dan pada masa yang sama mengingatkan bahawa Liverpool bukanlah pasukan yang cukup bagus dalam saingan Liga Perdana Inggeris walaupun mereka cemerlang dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.
Guardiola mengingatkan para pemainnya agar terus kekal fokus kerana media akan cuba mencari salah mereka.
Guardiola bercakap kepada beIN SPORTS: “Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media dan semua orang.”
“Sudah tentunya, sebab Liverpool ada sejarah luar biasa di belakang mereka dalam pertandingan Eropah, namun tidak dalam Liga Perdana Inggeris, kerana mereka hanya menang 1 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam masa 30 tahu.”
“Namun itu bukan masalahnya sama sekali.”
“Situasinya adalah jelas. Kami perlukan 9 mata atau 6 mata selepas ini. Bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam 2 perlawanan selepas ini, dari segi perbezaan jaringa. Namun Rabu ini adalah final yang sebenar untuk kami.”
“Kami akan cuba memenaginya. Takdir kami adalah di tangan sendiri dan ini adalah sangat penting. Kita harus melihat pada diri kita sendiri. Dengan 1 mata atau 3 mata, tiada apa yang berubah.”
“Kita harus melakukannya.”
Guardiola: "But it's no problem at all. The situation is what it is. We have to get 9 points maybe 6, it depends on the next two games and goal difference. Now Wednesday is the real final for us, and our destiny is in our hands."
— James Nalton (@JDNalton) May 8, 2022
Manchester City kini sudah mengorak langkah untuk persiapan musim baru. Mereka dijangka akan mengumumkan kontrak baharu Pep Guardiola dalam masa terdekat ini.
Selain itu Man City turut dikaitkan dengan Erling Braut Haaland yang dijangka akan menyertai pasukan Guardiola bagi memperkuatkan lagi musim hadapan.
Laporan minggu lalu juga menyebut bahawa, Man City mahukan Paul Pogba secara percuma. Namun koresponden The Athletic, David Ornstein menyatakan bahawa rundingan Paul Pogba mungkin tak akan berlaku.