EPL Haramkan Liverpool Pakai Badge Emas Juara Dunia FIFA

Liverpool semalam sah menjadi juara dunia kelab. Mereka menewaskan Flamengo dengan jaringan 1-0.

Gol kejuaraan Liverpool adalah menerusi Roberto Firmino pada minit ke-99 extra time. Satu perjalanan yang jauh dan final yang panjang โ€“ 120 minit โ€“ untuk Liverpool.

Liverpool pastinya gembira kerana percaturan mereka menjadi. Liverpool mengorbankan Piala Carabao demi Piala Dunia Kelab ini.

Ini bermakna Liverpool FC akan menggunakan badge emas yang akan ditampal di dada baju, seperti mana pasukan lain sebelum ini.

Namun anda jangan happy sangat, sebab EPL sudah ada cara tersendiri untuk membuatkan korang rasa nak hempas telefon pintar.

Klopp sebelum ini sudah menyatakan, di negara lain, pasukan mereka diberikan sokongan oleh badan pentadbir liga.

Namun di England, Liverpool diarahkan bermain Piala Carabao dan jadual domestik tak diubah.

Liverpool menjelaskan isu badge ini sebaik sahaja menjulang Piala Dunia Kelab.

Ini kenyataan yang aku kelepet daripada laman rasmi Liverpool:

Liverpool menakluk dunia bola sepak dan ini membuatkan kita dengan bangganya dianugerahkan lencana emas FIFA Champions Badge untuk tahun hadapan (2020).

Kemenangan ke atas Flamengo pada Sabtu menyaksikan The Reds julung kalinya menjulang Piala Dunia Kelab, lalu mendapat hak untuk menggunakan simbol berprestij itu tanda pencapaian gemilang.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini secara rasminya menerima penagugerahan badge bersaiz 78mm x 57mm.

UEFA akan membenarkan Liverpool memakai lencana itu di Liga Juara โ€“ Juara Eropah pada musim ini bermula tahun hadapan.

Namun lencana ini tidak dibenarkan untuk ditampal pada jersi Liga Perdana Inggeris.

Dalam Piala FA pula, jika kelab mahu memakai benda yang berbeza dengan jersi EPL, Liverpool perlu memohon secara rasmi untuk perkara tersebut.

Jurucakap FIFA sudah memberitahu Liverpoolfc.com: โ€œBerdasarkan garis panduan penggunannya, pasukan yang menang Piala Dunia Kelab ini boleh memakai lencana FIFA World Champions, bermula dari hari mereka bergelar juara kejohanan sehinggalah edisi kejohanan ini yang seterusnya.โ€

FIFA memberitahu, hanya pasukan utama sahaja boleh menggunakan lencana ini.

โ€œIni bermakna, lencana FIFA World Champions tidak boleh dipakai di jersi lain termasuk jersi sebelum ini, jersi latihan, tracksuits, seluar latihan dan produk lain.โ€

Pada November lalu, Wijnaldum memberitahu Liverpoolfc.com bahawa lencana ini merupakan perkara yang menjadi idaman semua pemain di dalam pasukan Liverpool. Ini kerana ianya telah memberikan mereka motivasi.

โ€œApabila saya bercakap dengan rakan dan keluarga, mereka semua bercerita tentang lencana ini.โ€

โ€œIanya benda yang kau impikan, setiap kali korang tengok jersi yang ada lencana ini, ia mengingatkan kamu bahawa kamu pernah menang Piala Dunia Kelab.โ€

Bekas pemain Liverpool, Florent Sinama-Pongolle yang pernah menjadi sebahagian pasukan dalam perebutan piala ini pada 2005 menyatakan perkara yang sama. Setiap pemain mengimpikan badge ini di dada mereka.

Kau mesti cakap aku mereka-reka cerita kan. Nah kau bacalah sendiri.

Baca yang lain