[EPL] Individual Errors Bersepah Membuatkan United Tewas Dan Berpotensi Tidak Ke UCL

Arsenal terus menabur garam pada luka Manchester United. Di mana The Gunners menewaskan Man United di Emirates.

Ini adalah kekalahan kedua berturut turut Manchester United kepada musuh tradisi mereka. Kekalahan sebelum ini adalah di tangan Liverpool di Anfield.

Paling nyata adalah, kesilapan individu ketika bertahan menjadi masalah utama United sejak musim lalu lagi. Ini statistik sebelum perlawanan:

Bertempat di Emirates, Arsenal tak menunggu lama untuk berada di hadapan. Di mana Nuno Tavares tiba tiba entah dari mana, dia berada dalam kotak penalti menewaskan De Gea.

Ianya juga kerana dua pertahanan Man United iaitu Varane dan Telles masing masing menyepak angin ketika cuba mengeluarkan bola.

Arsenal 1-0 di hadapan pada minit ketiga.

Penyokong Arsenal kemudian memberikan tepukan tanda sokongan kepada Cristiano Ronaldo yang baru kehilangan bayi lelakinya.

Di atas padang, Arsenal terus memberikan mimpi ngeri buat Man United. Di mana mereka dihadiahkan sepakan penalti. Ini selepas gol Arsenal dibatalkan kerana ofsaid oleh VAR. Selepas mengesahkan Nketiah Ofsaid, VAR kemudian meninjau semula situasi melibatkan Bukayo Saka yang dilihat dibentes dari belakang. Akhirnya VAR pengadil memberikan penalti kepada Arsenal.

Bukayo Saka yang sebelum ini menyempurnakan penali beliau dalam aksi terdahulu, tampil sekali lagi menjadi pelaksana. Ini adalah kali kedua berturut turut Saka tampil dengan berani mengambil penalti selepas pernah dicemuh secara rasis kerana mennadi salah seorang pelaksana penalti yang gagal ketika final Euro 2020.

Alex Telles membuat defensive error keduanya selepas miss kick pada gol pertama. Dan kali ini memberikan penalti kepada lawan.

Saka menunjukkan keyakinannya dan menewaskan De Gea.

Ronaldo dan Bruno Fernandes masih mempertikaikan tindakan pengadil yang tidak melihat semula insiden handball melibatkan Cedric Soares di dalam kotak penalti Arsenal.

Insiden itu berlaku sebelum insiden penalti Arsenal.

Namun hanya kira kira lebih seminit daripada gol Saka itu, Ronaldo merapatkan jurang gol apabila dia menyambar hantaran Nemanja Matic pada minit ke-34.

Pada separuh masa kedua Manchester United mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan apabila mereka diberikan sepakan penalti. Namun sayangnya, Bruno Fernandes mempersia siakan peluang itu dengan merembat terkena tiang gol.

Ya, tidak cukup dengan kesilapan defensif, Bruno menambah kesilapan dalam melakukan penalti pula.

Ini menjadikan Bruno Fernandes sebagai pemain Manchester United pertama yang gagal melakukan 2 penalti dalam 1 musim EPL sejak Teddy Sheringham pada 1997/98. Ianya berlaku pada 24 tahun lalu.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa tidak memberikan tugasan itu kepada Ronaldo? Namun harus diingat bahawa Bruno Fernandes sangat boleh harap dalam tugasan penalti selama ini. Cuma musim ini skripnya lain.

Tidak lama selepas kegagalan penalti tersebut, Bruno Fernandes hilang bola di luar kotak penalti. Kesilapan tersebut telah mencetuskan ancaman dan terus dihukum oleh Granit Xhaka.

Sebelum itu pada minit ke-63, Diogo Dalot melakukan percubaan bahaya yang terkena palang. Selain itu, Ronaldo turut melakukan voli secara berputar untuk menewaskan Ramsdale. Namun VAR membatalkan gol itu.

Bruno Fernandes mungkin bernasib baik kerana hanya dilayangkan kad kuning kerana kesalahan menapak Elneny.

Akibat prestasinya yang tidak menentu di atas padang, Bruno Fernandes dikeluarkan lebih awal.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu. Arsenal dengan gembira sekali berjaya memenangi perlawanan besar ini. Ini memandangkan Mikel Arteta kerap bermasalah menentang lawan dari kelompok big six.

Ia adalah kemenangan sangat bermakna dan 3 mata yang sangat penting. Arsenal kini berada di tempat keempat menjarakkan diri 6 mata daripada Manchester United.

Kegagalan ke UCL bukannya perkara yang bagus untuk Manchester United kerana ramai bintang mereka pastinya mahu beraksi di pentas tertinggi.

Namun selepas 2 kekalahan berturut turut di Anfield dan di Emirates, Man United kini benar benar dalam risiko besar kehilangan malam UCL pada musim depan.

Mikel Arteta juga sedar bahawa mereka tidak boleh keciciran mata lagi selepas kalah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.