EPL: Ismaila Sarr Tamatkan Hayat Tanpa Kalah Liverpool

Liverpool bertandang ke Vicarage Road Berhadapan dengan Watford untuk perlawanan ke-28 Liga Perdana Inggeris.

Liverpool dalam misi melanjutkan lagi rekod kemenangan dan tanpa kalah dalam EPL.

Namun malang sekali Liverpool gagal melakukannya ke atas pasukan yang bertanding dengan penyingkiran, iaitu Watford.

Dari separuh masa pertama lagi Liverpool bermasalah nak pecahkan struktur pertahanan Watford.

Watford mengenakan tekanan yang agresif dan intensif. Mereka cepat mematikan gerakan Liverpool.

Pada minit akhir separuh masa pertama, Watford hampir di depan selepas kesilapan Alisson. Mujur penjaga gol Brazil itu berjaya memperbaiki kesilapan beliau.

Bersambung separuh kedua, Liverpool dikejutkan dengan 2 gol awal oleh Ismaila Sarr pada minit ke-54 dan minit ke-60.

Liverpool cuba memperbaiki corak permainan mereka. Namun masih gagal untuk menembusi pertahanan Watford

Watford bertahan dengan sangat baik. Mematikan gerakan trio serangan Liverpool dengan kesabaran dan disiplin tinggi.

Watford membunuh perlawanan menerusi gol ketiga oleh Troy Deeney yang melakukan rembatan melemaskan Alisson selepas kekalutan pertahan Liverpool.

Ismaila Sarr terus cemerlang dengan menyumbang assist untuk gol ketiga itu. Malah beliau hampir menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini.

Watford menang 3-0. Dan menamatkan rekod kemenangan 18 perlawanan Liverpool serta 44 perlawanan tanpa kalah.

Hanya Arsenal yang lebih banyak daripada Liverpool dengan 49 perlawanan tanpa kalah ketika musim Invincible mereka. Ini juga bermakna, Liverpool masih gagal mencabar rekod tersebut.

Sebagai rekod, Liverpool tak kalah dalam EPL selama 132 hari.

Liverpool juga gagal me jaringkan gol dalam liga buat pertama kali dalam tempoh 363 hari.

Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool dalam liga dalam 422 hari.

Paling lega pastinya Arsenal yang rekod Invincible mereka masih terpelihara.

Watford XI: Foster, Femenia, Kabasele, Cathcart, Masina, Hughes, Capoue, Sarr, Doucoure, Deulofeu, Deeney

Subs: Gomes, Dawson, Welbeck, Chalobah, Gray, Pussetto, Pereyra

Liverpool XI: Alisson, Alexander-Arnold, Lovren, van Dijk, Robertson, Oxlade-Chamberlain, Fabinho, Wijnaldum, Salah, Firmino, Mane

Subs: Adrian, Minamino, Lallana, Origi, Matip, Jones, Hoever

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil