EPL: Kesilapan De Gea Berikan West Ham 3 Mata

Manchester United mengalami kekalahan kedua berturut turut dalam EPL.

Sebelum ini skuad bimbingan Erik Ten Hag menderita dengan kekalahan di tangan Brighton.

Dan kali ini giliran West Ham pula meraih 3 mata daripada aksi menentang Man United.

Bertempat di Stadium London, Man United bermula dengan sangat baik dan beraksi dominan.

Namun masalah utama mereka adalah produk akhir. Antony dan Bruno Fernandes masing masing memiliki percubaan bahaya namun tidak tepat.

West Ham banyak bergerak menerusi serangan balas.

David De Gea kemudian melakukan kesilapan yang sukar untuk ditelan beliau sendiri.

Di mana dia gagal menepis keluar percubaan Benrahma pada minit ke-27. Bola itu tepat ke tangan De Gea, tetapi penjaga gol tersebut sekali lagi melakukan kesilapan.

Kini dia menyamaai rekod kesilapan penjaga gol yang dicipta Hugo Lloris.

Reaksi Marcus Rashford dan Erik Ten Hag ini menggambarkan tentang betapa terkejutnya mereka dengan kesilapan itu.

Ianya mungkin akan mempengaruhi pertimbangan Man United dalam kontrak baharu De Gea. Dengan rundingan kontrak baharu sedang berjalan.

David Moyes akhirnya menikmati kemenangan pertamanya ke atas bekas pasukan yang diuruskannya, Man United, sejak dia meninggalkan Old Trafford sebagai pengurus Red Devils.

Kekalahan United ini ternyata telah mempersia siakan peluang Setan Merah untuk memintas Newcastle di tangga ketiga EPL.

Dan kini United kekal 1 mata di atas Liverpool untuk slot terakhir ke UCL. Dengan United masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

West Ham sudah tentunya sudah boleh berkira kira untuk terus kekal di EPL musim akan datang.

Baca yang lain